Syarikat #

Syarikat

Pada tahun 2004, KKBOX telah dilancarkan di Taiwan oleh sekumpulan pengaturcara komputer yang berkongsi minat terhadap teknologi dan muzik. Perluasan KKBOX ke Hong Kong pada tahun 2009 telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah langganan. Menyedari kejayaan ini, syarikat telekomunikasi gergasi di Jepun, KDDI Group telah menjadi pemegang saham majoriti KKBOX pada Disember 2010. Pada Mac 2011 pula, HTC, peneraju inovasi dan rekabentuk telefon pintar dunia, melabur dengan KKBOX. Dengan kecanggihan teknologi dan kerjasama strategik, KKBOX kini rancak memperluaskan pengaruhnya ke peringkat antarabangsa bagi menyediakan platform penstriman muzik atas talian terbaik di Asia untuk pasaran dunia.

 

Perkhidmatan penstriman muzik berasaskan awan membenarkan pendengar mendengar dengar segera, muzik atas talian atau cache di PC dan telefon bimbit untuk akses luar talian. KKBOX telah menjadi penanda aras kejayaan di Asia dengan menjadi yang pertama untuk memasarkan muzik yang sah, akses atas talian terhadap muzik dengan hakcipta terpelihara menggunakan teknologi Digital Rights Management (DRM). KKBOX mempunyai 40 juta lagu yang sah, termasuk simpanan muzik Cina terbesar di dunia. KKBOX juga mempunyai kandungan dari lebih 500 syarikat rakaman arus perdana dan bebas yang terdapat di taiwan, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Malaysia. Secara kolektifnya, pengguna kami mendengar lebih 5 bilion lagu setahun dengan ditambah baik lagi, KKBOX menawarkan kebebasan dalam pemilihan muzik. 

 

Kami komited dalam menjadi platform peneraju untuk membawa orang ramai lebih rapat dengan artis dan muzik kegemaran mereka. Ahli KKBOX juga mempunyai akses kepada video eksklusif, temuramah artis, ulasan konsert, berita hiburan dan koleksi editorial muzik di dalam majalah bulanan KKBOX, Let's Music! Hanya di KKBOX, ciri "Dengar Bersama" membenarkan anda untuk berada di trek sama seperti yang rakan atau artis kegemaran, membolehkan anda berbual dan mendengar pada masa yang sama. KKBOX Music Awards yang diadakan setiap tahun menandakan posisi KKBOX di industri muzik Asia. Khidmat jualan tiket atas talian, KKTIX yang dilancarkan pada 2014 membolehkan anda mendapatkan tiket ke persembahan yang anda mahu saksikan, dan KKBOX Live! membolehkan anda menikmati persembahan tersebut tidak kira di mana jua. KKBOX menawarkan pengalaman hiburan terunggul untuk pencita muzik di mana sahaja.   

Back to top