KKBOX Music Awards

KKBOX Music Awards merupakan majlis anugerah muzik yang berprestij di Asia. Kesemua anugerah yang diberikan adalah berdasarkan jumlah penstriman dan klik muat turun dari seluruh Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Jepun, dan lain-lain dalam tahun tersebut. Majlis yang mempamerkan trend budaya pop dan pengaruh muzik ini menjadikan “KKBOX Music Awards” tidak hanya mewakili suara pendengar, malah juga bertindak sebagai penanda aras kepada pasaran terutamanya industri muzik Cina.

Sebagai peneraju penyedia perkhidmatan langganan muzik digital di Asia, KKBOX sentiasa menyokong industri muzik di Taiwan dan telah menganjurkan “KKBOX Music Awards” selama 13 tahun. Beberapa anugerah yang diberikan semasa majlis tersebut termasuklah “Top Artists of the Year”, “The Best New Artist”, “The Best Indie Artist” dan sebagainya. Selain persembahan yang menghiburkan oleh para pemenang, KKBOX turut menjemput artis-artis terkemuka ke majlis tersebut. Setiap tahun, majlis tersebut telah disiarkan menerusi televisyen dan di internet ke pelbagai negara, menjadikan “KKBOX Music Awards” sebagai satu majlis terkemuka sepanjang tahun.