Polisi Kerahsiaan

KKBOX (MALAYSIA) SDN. BHD. (“Kami,” pembekal perkhidmatan KKBOX,) mengambil privasi peribadi anda secara serius serta mematuhi sepenuhnya dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Polisi Perlindungan dan Privasi Data Peribadi kami (“Polisi”), yang mengandungi penerangan tentang pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh kami, termasuk pengunaan data peribadi yang berkenaan, adalah dinyatakan seperti dibawah:

Pengumpulan Data Peribadi

Berikut merupakan senarai maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami bagi tujuan dan pengunaan yang berlainan, tetapi tidak terhad kepada:

  1. Nama, jantina, tarikh lahir, nombor telefon, tempat tinggal, alamat hubungan, alamat e-mel sokongan, pekerjaan serta jenis muzik kegemaran yang dikumpulkan oleh kami apabila anda menyerahkan permohonan pendaftaran anda sebagai ahli KKBOX dan/atau apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX.
  2. Sekiranya akaun KKBOX anda disambung kepada akaun Facebook atau mana-mana media sosial yang lain (“Perkhidmatan Pihak Ketiga”), kami boleh mengumpul mana-mana data peribadi anda yang boleh diakses daripada akaun Perkhidmatan Pihak Ketiga anda, termasuk nama anda, gambar foto profil, negara, alamat e-mel, tarikh lahir, serta gambar-gambar peribadi yang lain. Kami boleh mengesahkan sama ada data peribadi anda sepadan dengan data peribadi yang dikumpulkan daripada Perkhidmatan Pihak Ketiga anda dan akan menyimpan serta menggunakan data peribadi itu secara selaras dengan Polisi ini.
  3. Apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX, kami boleh mengumpul maklumat-maklumat yang berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  4. (1) maklumat tentang penggunaan perkhidmatan KKBOX anda, termasuk sejarah penggunaan, dan/atau carian; dan/atau

    (2) data-data teknikal, yang termasuk URL, alamat IP, jenis pelayar web, sistem operasi, bahasa dan masa layaran anda. Kami juga menggunakan

        “Cookies” bagi tujuan memperbaiki fungsi, kandungan dan perkhidmatan di dalam laman web kami.

Untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan KKBOX sebaiknya, anda perlu memberikan ID akaun atau maklumat peribadi semasa menggunakan perkhidmatan KKBOX, sebagai contoh, penukaran maklumat akaun, peruntukan maklumbalas pengguna atau penyertaan dalam aktiviti promosi.

Penggunaan dan Penzahiran Data Peribadi

  1. Data peribadi yang dikumpulkan boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang berikut:
  2. (1) Bagi tujuan pengesahan dan pengenalpastian akaun keahlian anda, bagi tujuan hubungan dan komunikasi; untuk memaklumkan kepada anda tentang

         acara-acara promosi, bagi tujuan peringatan bayaran, notis hadiah, notis penerimaan bayaran, penghantaran invois, dan/atau notis-notis kemaskini

         yang berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX.

    (2) Maklumat tentang penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX anda dan mana-mana data teknikal boleh digunakan bagi tujuan memperbaiki

         atau meningkatkan mutu perkhidmatan KKBOX, dan/atau bagi tujuan mencipta atau membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang baru.

    (3) Kami juga membekalkan perkhidmatan surat berita dan menghantar notis-notis pemasaran kepada anda dari masa ke semasa. Sekiranya anda tidak

         ingin menerima apa-apa surat berita atau notis pemasaran, anda boleh membatalkan perkhidmatan langganan pada bila-bila masa dengan memasuki

         akaun anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan seting, anda boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan kami melalui maklumat

         hubungan yang dinyatakan di bawah pada bila-bila masa.

  3. 2Kami boleh berkongsi data bukan peribadi yang komprehensif dengan pihak ketiga, dimana data yang telah dikumpulkan oleh kami telah dikelompokkan dan tidak lagi boleh mencirikan atau mengenalpastikan identiti seseorang individu.
  4. Data yang telah dikumpulkan boleh diproses dan/atau digunakan oleh mana-mana syarikat-syarikat gabungan kami atau rakan-rakan kongsi perniagaan di Malaysia dan di luar Malaysia, termasuk negara Taiwan. Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda bagi mana-mana tujuan selain daripada tujuan yang telah dinyatakan di atas dan tidak akan menzahirkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disenaraikan di atas tanpa kebenaran anda terlebih dahulu, melainkan penzahiran atau pengunaan itu adalah diwajibkan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan tempatan atau bagi tujuan mematuhi undang-undang atau peraturan-peraturan tempatan.

Pengurusan Data Peribadi

  1. Anda boleh untuk mencari, menyalin, membetulkan atau meminda data peribadi anda sekiranya anda adalah ahli KKBOX dimana akaun anda telah disahkan. Sekiranya anda bukan ahli KKBOX atau akaun keahlian anda masih belum kami mengesahkan, anda adalah tidak dibenarkan mencari, menyalin, membetulkan atau membuat sebarang permohonan akses atau meminda sebarang data peribadi yang telah diperuntukkan kepada kami. Bagi permohonan akses yang dibuat dalam keadaan yang selain daripada yang dinyatakan di atas, anda adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan yang bertulis kepada kami beserta dengan nama penuh anda, nombor pengenalan, nombor telefon and mana-mana maklumat yang berkenaan kepada kami bagi tujuan pengesahan identiti anda dan juga bagi tujuan pemprosesan permohonan akses anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan yang berkenaan dengan Polisi ini atau anda ingin menyerahkan permohonan akses yang bertulis, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. Kami berhak untuk mengenakan bayaran bagi pemprosesan mana-mana permohonan akses seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  2. Anda boleh meminta dari kami untuk menghentikan pengunaan atau pemprosesan data peribadi anda atau memohon untuk pemadaman dan penghapusan data peribadi anda; Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan atau pemprosesan data peribadi anda dihentikan atau data peribadi anda dipadamkan atau dihapuskan, anda tidak akan dapat menggunakan lagi mana-mana perkhidmatan KKBOX.
  3. Kami berhak untuk menolak permohonan anda untuk menukar, memadamkan atau meminda data peribadi anda jika permohonan tersebut boleh menjejaskan kepentingan negara, atau menghalang perlaksanaan tugas oleh agensi-agensi kerajaan, atau menyebabkan sebarang prasangka kepada kepentingan agensi atau pihak-pihak ketiga atau atas mana-mana sebab yang lain yang dibenarkan dibawah undang-undang termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Keselamatan Data Peribadi

  1. Kami akan menyediakan semua teknologi dan langkah-langkah yang diperlukan bagi tujuan melindungi data peribadi anda dan mempertahankan privasi anda.
  2. Untuk mengelakkan kebocoran maklumat, anda harus menyimpan data peribadi, akaun ID, kata laluan anda sendiri dan sebagainya di tempat simpanan yang selamat. Untuk mengelakkan penyalahgunaan data peribadi anda, anda perlu log keluar atau menutup perisian atau pelayar Internet selepas menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX, sama ada anda menggunakan komputer peribadi anda atau tidak.
  3. Anda perlu menyimpan maklumat pembayaran (termasuk maklumat kad kredit) di tempat simpanan yang selamat bagi mengelak pengunaan oleh pihak-pihak lain bagi tujuan yang salah disisi undang-undang.
  4. Perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX mungkin mengandungi hiperpautan ke laman-laman web pihak-pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya atau secara bersama-sama atas sebarang penyalahgunaan data peribadi anda sekiranya anda bersetuju untuk membenarkan pihak-pihak ketiga tersebut untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda.
  5. Anda bersetuju untuk menggunakan maklumat yang betul dan tepat bagi sebarang pembelian bagi perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX. Anda haruslah memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya mendapati data peribadi anda telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang lain.
  6. Anda bersetuju untuk memperuntukkan dan menggunakan maklumat yang sah semasa menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX dan menjamin bahawa semua maklumat yang digunakan itu tersebut tidak melanggar atau mencerobohi mana-mana hak pihak-pihak ketiga, mengganggu atau melanggar mana-mana perjanjian pihak-pihak ketiga atau tidak terlibat dalam mana-mana tindakan yang salah disisi undang-undang. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX menyebabkan kerugian kepada pihak-pihak ketiga, melainkan kerugian itu adalah disebabkan oleh kami secara sengaja atau disebabkan oleh kecuaian kami.

Pindaan Polisi Privasi

  1. Kami akan mengemaskinikan Polisi ini dari masa ke semasa bagi tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan privasi yang berkenaan. Sebarang pindaan yang dibuat atas Polisi ini akan dimaklumkan kepada anda melalui laman web kami dan anda adalah dinasihati supaya menyemak laman web kami dari masa ke semasa.
  2. Polisi ini merupakan sebahagian daripada Terma-terma bagi Perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX. Dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX, anda telah memberi persetujuan dan bersetuju dengan Terma-terma perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX termasuk Terma-Terma dalam Polisi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Polisi ini atau mana-mana kandungan yang dipinda, sila hentikan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan KKBOX dengan segera.
  3. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan berhubung dengan Polisi ini, sila hubungi Pejabat Perlindungan Data Peribadi, Encik Zippo Tan di kkboxmy@kkbox.com.