Anuar Zain, Dayang Nurfaizah
Artist

Anuar Zain, Dayang Nurfaizah

19 Followers
Preview Full Track
(Malay Ver.)

Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah adalah seorang penyanyi wanita antara yang paling berpengaruh pada dekad 2000an di Malaysia. Memulakan karier pada usia 18 tahun, Dayang sudahpun mencapai status terbaik di dalam arena seni suara dengan menghasilkan 7 buah album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Nama beliau sebaris dengan penyanyi wanita seangkatan seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim & Jaclyn Victor.
Biografi
Dayang Nurfaizah telah dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bakat besar yang dimiliki penyanyi kelahiran Sarawak ini sudah pun dikesan sejak kecil lagi dimana beliau telah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak dari sekolah rendah. Di zaman persekolahannya, Dayang sememangnya terkenal sebagai penyanyi undangan pada setiap majlis sekolah diadakan sehingga namanya begitu popular. Dengan kebolehan luar biasa menyanyikan lagu-lagu asli Melayu serta lagu bergenre R&B, Dayang mula mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian di negerinya sendiri antaranya memenangi Bintang Asli Remaja 1996 dan ke peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Remaja Sarawak 1996 dan akhirnya muncul juara dalam edisi 1997. Bertitik tolak daripada itu beliau memberanikan diri untuk keluar dari Kuching dan menyertai pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia iaitu Golden Teen Search 1997 di Kuala Lumpur. Pertandingan bakat nyanyian lagu-lagu Bahasa Inggeris ini ternyata mengakui kehebatan dayang hingga meraih gelaran juara ketika beliau baru berusia 17 tahun.

Pencapaian Dayang Nurfaizah
•Finalis Bintang Remaja Asli 1996 (Kunching, Sarawak)
•Finalis Golden Teen Search 1996 (Radio Televisyen Malaysia)
•Juara Bintang Remaja Asli 1997 (Kuching, Sarawak)
•Juara Golden Teen Search 1997 (Radio Televisyen Malaysia)
•Juara Bintang RTM 1998 (Radio Televisyen Malaysia)
•Juara Bintang Penghibur HMI 2000 (Radio Televisyen Malaysia)
•Finalis 'Top 5' Artis Baru Terbaik (Anugerah Industri Muzik 2000)
•Finalis 'Top 5' Lagu Terbaik (Anugerah Indusri Muzik 2000)
•Finalis 'Top 5' Vokal Terbaik Di dalam Album (Wanita) (Anugerah Industri Muzik 2002)
•Finalis 'Top 5' Album Pop Terbaik (Anugerah Industri Muzik 2002)
•Lagu Paling Popular Serantau - Anugerah Planet Muzik 2001 - Seandainya Masih Ada Cinta
•Juara Lagu Balada (Seandainya Masih Ada Cinta- Anugerah Juara Lagu 2001)
•Juara Lagu Irama & Etnik Kreatif Malaysia (Erti Hidup- Anugerah Juara Lagu (Anugerah Juara Lagu 2004)
•Anugerah Lagu Global Pilihan (Erti Hidup- Anugerah Era 2005)
•Album Pop Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke 17 (2010) - Album Dayang Live
•Persembahan Kolaborasi Terbaik - Anugerah Planet Muzik 2011 - Lagu Sayang bersama Marcell Siahan

Anuar Zain
Shahrul Anuar bin Zain (lahir 15 Februari 1970; juga dikenali sebagai Anuar Zain), merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Shahrul Anuar Bin Zain berbintang Aquarius, dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka.
Beliau merupakan adik kepada penyanyi wanita, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada 5 adik-beradik dan satu-satunya yang masih bujang antara mereka.
Antara lagu-lagu yang hitz adalah seperti Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Lelaki, dan terbaru - Sedetik Lebih.
Anuar Zain dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi untuk satu-satu persembahan makan malam dengan nilai kira-kira RM50,000.Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 42, mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.’

Perjalanan seni
Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat ke dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Elena. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".
Namun, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.
Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatanggani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".
Pada tahun 2000, beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999. Walau bagaimanapunm perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchsound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".
Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.

Discography

See All