Titi Rahsia

Lyricist: Mike Chan, Omar K, & Audi Mok    Composer: Mike Chan, Omar K, & Audi Mok
Sayangku
Dengarlah pesanan ku untuk kali terakhir
Janganlah kau sekali-kali
Berjumpa denganku, lagi

Sayangku
Ku mohon maaf kerna takkan kesampaian
Hatimu dan hatiku berdakapan

Hanya satu-satunya masa
Dapat kita bersua
Di balik titi rahsia
Di sana saja kita
Mampu untuk bersama

Hanya satu-satunya masa
Bila warna menjelma
Di balik pejaman mata
Cintaku, terabadi
Di mimpi

Sayangku
Tak mampu ku biarkan kamu hanyut denganku
Tak rela ku menumpah cemar ke suci hatimu kasih

Dan aku
Tiada teman lain dari kesepian
Menanti ku sehingga malam tiba

Hanya satu-satunya masa
Dapat kita bersua
Di balik titi rahsia
Di sana saja kita
Mampu untuk bersama

Hanya satu-satunya masa
Bila warna menjelma
Di balik pejaman mata
Cintaku, terabadi
Di mimpi

Hanya satu-satunya masa
Dapat kita bersua
Di balik titi rahsia
Di sana saja kita
Mampu untuk bersama

Hanya satu-satunya masa
Bila warna menjelma
Di balik pejaman mata
Cintaku, terabadi
Di mimpi