Faizal Tahir
Artist

Faizal Tahir

1,604 Followers
Preview Full Track
See All Top Hits
See All Song Highlights
(Malay Ver.)

Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.
Kehidupan peribadi
Faizal kini sudah beristerikan Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi empat cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa'ie Zidane (lahir 18 Februari 2009) dan seorang lagi anak perempuan (lahir 19 Mac 2011). Faizal merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio. Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin "mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih".
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwanadan Rast.

Kerjaya
Kerjaya awal dan One in a Million
Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.

Pada permulaan persembahan Grand Finale, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu "Mahakarya Cinta" gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, "Kasih Tercipta", sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dilantik sebagai duta Malaysia yang tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes sempena pembukaan butik pertamanya di 1 Utama pada Jun 2007[4], kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz selama dua musim (2007-2008), dan merakam lagu "Gemuruh" sebagai lagu tema pertandingan nyanyian My Starz LG.

Discography

See All