Fatin
Artist

Fatin

168 Followers
Preview Full Track
Fatin Shidqia
 
BIOGRAFI
Fatin Shidqia Lubis, insan istimewa ini dilahirkan pada 30 julai, 1996 di Jakarta. Menggunakan nama Fatin Shidqia atau Fatin, penyanyi Indonesia dan juga berbakat dalam bidang lakonan ini telah memenangi The X Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013.
Dengan memenangi pertandingan perncarian bakat realiti TV itu, Fatin telah memenangi 1 bilion rupiah dan kontrak rakaman bersama Sony Music Entertainment Indonesia.
Single ‘Aku Memilih Setia’ dan ‘Dia Dia Dia’ bnfbhangat diputarkan di corong – corong radio dan TV dan album Fatin : For You kini berada di Carta iTunes Album Indonesia. Fatin Shidqia
 
PERJALANAN KARIER SENI FATIN
X FACTOR INDONESIA
Pada tahun 2012, Fatin menghadiri ujibakat pencarian bakat realiti TV, The X Factor Indonesia, musim pertama. Mempertaruhkan ‘Grenade’ nyanyian asal Bruno Mars, Fatin telah menerima banyak maklum balas positif di kalangan juri dan pengguna media sosial dan beliau mara ke pusingan seterusnya.
Video ujibakatnya itu telah disaksikan lebih 4 juta tontonan di YouTube. Mengharungi pelbagai cabaran ketika di The X Factor, beliau berjaya melangkah ke pusingan ‘Finale’. Beliau mempertaruhkan Katakan Tidak duet bersama Afgan, Stay nyanyian asal Rihanna serta lagu kemenangannya ‘Aku Memilih Setia’.
Tanggal 25 May, 2013, Fatin telah diisytiharkan sebagai pemenang The X Factor Indonesia musim pertama.
 
ALBUM ‘FOR YOU’
Selepas memenangi The X Factor Indonesia, musim pertama, single pertamanya ‘Aku Memilih Setia’ dimuatkan di iTunes. Lagu itu merupakan langkah kanan apabila berjaya berada di nombor satu Carta iTunes Indonesia.
 
Pada September 2013 , menerusi filem pertamanya - 99 Cahaya di Langit Eropa dan lagu Cahaya Di Langit Eropa merupakan salah satu runut bunyi dalam filem ini. Pada 7 November 2013, Fatin melancarkan muzik video muzik ‘Dia Dia Dia’ sebelum album ‘For You’ dilancarkan pada 11 November 2013. Album ‘Fatin You’ telah dimuatkan dalam pakej bersama KFC Indonesia.
 
 
Fatin Shidqia
 
Dalam penghasilan album ini , Fatin telah bekerjasama dengan dua nama besar industry music dunia - Gustav Efraimsson, penulis lagu dan penerbit muzik dari Sweden dan Hayden Bell, penulis lirik serta penerbit dari Australia.
 
BIODATA FATIN
Nama : Fatin Shidqia Lubis
Tarikh Lahir : 30 Julai 1996
Tempat Lahir : Jakarta, Indonesia.
Umur : 18 Tahun
Genre : Pop Fatin Shidqia
 
 
SOCIAL MEDIA
Facebook
1,532,438 likes • 35,248 talking about (12/2/2014)
https://www.facebook.com/FatinShidqiaLubis
 
Twitter
1.34 Millions followers
https://twitter.com/FatinSL
 
Instagram
93,427 followers
http://instagram.com/fatin30
 
YouTube
3,162 subscribers
Dia, Dia, Dia Muzik Video – 840, 035 tontonan
http://www.youtube.com/user/FatinVEVO Fatin Shidqia

Discography

See All