Dato Siti Nurhaliza
歌手

Dato Siti Nurhaliza

3,624位粉絲
試聽 收聽全首
查看完整熱門歌曲
(Malay Ver.)

Siti Nurhaliza (nama lengkap dengan gelar: Datin Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin; lahir di Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, 11 Januari 1979; umur 33 tahun) adalah seorang penyanyi dan selebriti yang berasal dari Malaysia.
Kehidupan awal
Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik. Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi. Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group', yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.
Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
Seusia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanyi live, sehingga meraih sambutan baik daripada masyarakat setempat. Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik "Bahtera Merdeka" di sebuah Karnival Kuala Lipis Carnival sempena "Nyanyian Bulan Kemerdekaan".
Siti seorang yang aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah; ini terbukti di Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan apabila beliau menjadi pembawa obor bersama Fasha Sandha.

Awal karier
Siti Nurhaliza telah menunjukkan bakat bernyanyi yang dimilikinya sejak usia dini. Namun kariernya baru melesat setelah memenangkan Pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini pada tahun 1995.
Pencapaian
Pada tanggal 1 April 2005, Siti tampil di Royal Albert Hall, London yang sebagian diiringi oleh London Symphony Orchestra yang dipimpin Erwin Gutawa. Pada konser ini, Siti Nurhaliza menjadi artis Malaysia pertama, dan Erwin Gutawa juga menjadi komposer Indonesia pertama yang tampil di tempat bergengsi itu.
Lagu-lagu Siti Nurhaliza yang digemari oleh masyarakat di antaranya adalah Cindai, yang juga sering dinyanyikan juga oleh para penyanyi Indonesia di berbagai acara.
Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.

全部專輯

查看全部