Taj Mahal

作詞:-    作曲:-
Tersebut satu al kisah
Taj Mahal terkenal namanya
Dibinakan orang yang bijaksana
Terbilang namanya merata dunia

Kisahnya yang sungguh terharu
Bukti cinta di zaman dahulu
Antara Shah Jahan dan kekasihnya
Berjanji sehidup mati bersama

Sungguhlah malangnya yang menimpa
Kepada isteri yang disayang
Kembali dia ke alam baqa'
Tinggalkan suaminya
Hidup dalam kecewa

Sebagai tanda cinta suami
Kepada isteri yang dikasihi
Mahligai cintanya dibina sedia
Taj Mahal yang indah diberi nama

Sungguhlah malangnya yang menimpa
Kepada isteri yang disayang
Kembali dia ke alam baqa'
Tinggalkan suaminya
Hidup dalam kecewa

Sebagai tanda cinta suami
Kepada isteri yang dikasihi
Mahligai cintanya dibina sedia
Taj Mahal yang indah diberi nama