Penjual Surat Kabar

作詞:M.Nasir    作曲:M.Nasir
Fajar telah menyinsing
Ku harus bangkit segera
Untuk memulakan kerja

Aku menjual suratkhabar
dari bermacam syarikat
Dan bermacam bahasa

Tidakkah kamu mendengar
Berita yang baru disebar
tentang kemajuan dunia

Manusia sudah bosan
Dengan kekejaman
Dan melanggar hak asasi

Berita hangat
Belilah cepat
Berita hangat
Dapatkan

Jangan ketinggalan dan janganlah alpa
Dapatkan surat khabar ku segera

Aku menjual berita
Apa saja berita
pokoknya berita

Walau hasil tak seberapa
Tapi siapa menyangka kerja ku mulia

Berita hangat
Belilah cepat
Berita hangat
Bacalah

Jangan ketinggalan dan janganlah alpa
Dapatkan surat khabar ku segera
Woooo ho

Negara yang membangun
Kini bersatu padu
Untuk kebahagian umat

Surat khabar yang ku jual
Mainkan peranan yang penting
Dalam perhubungan rakyat

Berita hangat
Belilah cepat
Berita hangat
Belilah cepat

Berita hangat
Belilah cepat
Berita hangat
Belilah cepat

Berita hangat