Kita
Album - 3 songs |

Kita

2013/10/01
Preview Full Track
3 songs
Cyberjaya, 23hb Disember 2013 – FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2010. FORTEEN mempertaruhkan bakat dan kemantapan vokal berharmoni untuk memperjuangkan muzik bergenre pop bagi memertabatkan lagi industri muzik tanah air.

Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Dengan kejayaaan demi kejayaan yang diraih membuktikan kemampuan FORTEEN sebagai sebuah kumpulan vokal muda yang harus disegani, sekaligus menyangkal pendapat-pendapat yang mengatakan FORTEEN hanyalah pendatang baru yang bersandar pada rupa semata-mata. Kemantapan vokal, One turut mendapat pengikhtirafan dunia apabila beliau mempertaruhkan 3 buah lagu berbahasa Inggeris dan satu lagu Melayu di World Performing Art 2013, Los Angeles dan memberi tuah kepadanya untuk menggondol dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa di anugerah yang cukup berprestij itu. Sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Bagi meneruskan kelangsungan perjalanan seni mereka, FORTEEN kini tampil dengan album debut mereka yang berjudul 'KITA' . Album `KITA’ diharapkan bakal hits memuatkan 6 buah lagu yang pastinya bakal menjadi siulan ramai. Antara lagu-lagunya adalah `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini ‘ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ bakal memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”.

Semoga dengan kehadiran album sulung ini 'KITA' yang berada di pasaran pada 23hb Disember ini, mampu mengubat kerinduan peminat-peminat FORTEEN bukan sahaja di Malaysia, malahan juga dari Brunei dan Singapura yang sudah sekian lama ternanti-nantikan album sulung FORTEEN ini di pasaran.

Related Albums

See All

    Release Date

    2013/10/01