Sofazr
Artist

Sofazr

108 Followers
Preview Full Track
Bermula pada tahun 2003 sehingga 2013 maka genaplah 10 tahun SOFAZR memperjuangkan muzik mereka dalam industri muzik tanahair. Mampu bertahan selama sedekad bukanlah satu kerja mudah apatah lagi dengan industri muzik sering ada pasang surutnya, keadaan ini menyebabkan ramai band-band yang seangkatan mereka telah berpecah belah. Bagi meraikan 10 tahun bersama maka, SOFAZR kembali muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul `1 DEKAD’.

`1 DEKAD’ merupakan album ke 7, SOFAZR yang kini berada di bawah label KRU Music Sdn Bhd. “Semenjak kami bertapak di dalam industri ini, kami sudah memiliki 6 buah album tetapi untuk album `1 DEKAD’, kami memilih untuk berkerjasama dengan KRU Music berdasarkan kejayaan single pertama “Pencinta Terbaik” yang menjadi runut bunyi untuk filem `Cinta Kura Kura’ dan sejurus itu dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami maka terlahirlah album ke- 7 ini”, ujar Zimi selaku pemain gitar kedua mewakili ahli kumpulannya yang lain.

`1 DEKAD’ ini memuatkan 6 buah lagu diantaranya “Hanya Diriku”,“Tak Berhujung Pagi”, “Mendung”, “Tak Bisa Tanpamu”,”Pencinta Terbaik” dan terdapat sebuah lagu popular kumpulan KRU iaitu lagu “Ooh! La! La!”, turut di rakamkan semula bersama susunan muzik yang telah diberi nafas baru dan di muatkan di dalam album ini. Taruhan single terbaru menerusi “Hanya Diriku” dengan alunan suara `emas’ Aremeer pasti akan menjadi igauan peminat SOFAZR.

SOFAZR yang dianggotai oleh 6 orang anak muda ini terdiri daripada , Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah (gitar utama), One (pemain drum), Fairuz (pemain bass), dan Rodie (keyboard) mengakui berasa sangat bertuah kerana memiliki peluang untuk bernaung di bawah label KRU Music

Discography

See All