Awi Rafael

Awi Rafael

240 Followers
Preview Full Track
Penyanyi Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan. Dilahirkan pada 23 Julai 1986, berasal dari Singapura. Tampil dengan jenis muzik Pop. Mula menambat hati peminat muzik Malaysia menerusi lagu hits, ‘Pulanglah’. Kemudia terus semakin mendapat perhatian ramai menerusi lagu ‘Bila Aku Jatuh Cinta’.
Beliau merupakan bekas penyanyi utama kumpulan BHUMIBAND, sebuah kumpulan yang pernah memenangi anugerah “Album Terbaik” dan “Lagu Terbaik” di Anugerah Planet Music menerusi single bertajuk “Goda” daripada filem “Remp-It”.
Setakat ini Awi Rafael mempunyai seramai 18,318 peminat di Fan page Facebook http://www.facebook.com/awirafaelmusic dan seramai 10,066 pengikut di Twitter @awirafael . Manakala kelab peminat Awiddicted Fan Club mencecah seramai 23,000 ahli.

Permulaan Karier
Anak bongsu daripada tiga adikberadik ini memulakan karier sebagai penulis lagu seawal usia 13 tahun. Bagaimanapun Awi hanya mampu merealisasikan impiannya bergelar penyanyi semasa umurnya 16 tahun hanya setelah berjumpa Hang Dimas iaitu penyanyi dan pemain keyboard kumpulan Hujan. Cikgu sekolahnya, Bob, yang memperkenalkan Awi kepada Hang Dimas.

Kemudian Awi dilamar menyertai kumpulan Bhumiband sebagai vokalis. Namun kumpulan tersebut dibubarkan selepas empat tahun bersama dan ketika itu hanya Awi dan Hang Dimas yang masih kekal dalam dunia seni.

Awi Rafael mempunyai kelulusan dalam Ijazah undang-undang dan psikologi dari Politeknik Temasik Singapura. Menjadikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai idolanya.

Awi pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi jalanan di Australia selama setahun.

Kontroversi
Awi pernah dikatakan cuba merosakkan bahasa dengan mencampur adukkan dua bahasa berbeza di dalam lagu ‘Pulang lah’ tetapi akhirnya isu tersebut dapat ditangani dengan merakam semula dengan menggunakan sepenuhnya bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun masih ada stesen radio yang memutarkan versi asal tersebut sehingga hari ini.


Gaya & Penulisan Lagu
Sebagai penganyi pop, Awi mempunyai stail yang tersendiri dalam penghasilan lagu-lagu yang berkonsepkan band.
Album Pertama
Berjudul “Awi Rafael” yang dilancarkan pada 2011 memuatkan tujuh buah lagu iaitu:
1 "Pulanglah"
2 "Aku Bukan Bintang"
3 "Bukankah Aku"
4 "Bila Aku Jatuh Cinta"
5 "Panas"
6 "Pulanglah (Versi Melayu)"
7 "Pulanglah (Radio Edit)"
Single
Single pertama beliau adalah “Pulanglah”, sebuah lagu cinta yang dicipta oleh beliau sendiri, dan telah mendapat tempat di beberapa carta radio tempatan, membuktikan bahawa lagu karya beliau menjadi pilihan peminat muzik tanah air. Lagu tersebut juga tersenarai di tangga terbaik carta Top 5 di semua stesen radio.

Seterusnya single kedua berjudul “Bila Aku Jatuh Cinta” yang mana muzik videonya menampilkan pelakon wanita, Neelofa telah mendapat sambutan baik peminat. Sekaligus single berentak balada itu mendapat tempat di kedudukan terbaik carta-carta radio tempatan. Lagu tersebut juga telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama bersiri hits di TV3 berjudul “Gemersik Kalbu”. Malah Single keduanya ini menerima sambutan baik menerusi YouTube dengan mencapai hit lebih 206,000.

Album Kedua
Menyusur album kedua pula berjudul ‘Asalkan Aku OK’ yang dilancarkan tahun 2012 mengandungi sembilan buah lagu yang kesemuanya adalah hasil ciptaan Awi sendiri . Album tersebut sifatnya lebih matang, sarat kisah-kisah romantis, kisah hatinya, berkisar tentang masyarakat dan menyampaikan mesej-mesej ketuhanan. Menariknya Awi mendapat peluang untuk membuat proses mastering di Abbey Road, London, (tempat kumpulan The Beatles merakamkan album mereka suatu ketika dulu)

1. "Asalkan Aku Ok"
2. "Hari-Hariku"
3. "My Baby You"
4. "Lebih Berat Dari Syurga"
5. "Elvis"
6. "Satu Peluang Sahaja"
7. "Kalista"
8. "Siapa Yang Sempurna"
9. "Dewa"

Dunia Lakonan
Sementara itu, umpama rezeki datang bergolek, Awi kini sedang mempersiapkan diri untuk berlakon dalam sebuah filem yang enggan didedahkan judulnya.

Menariknya, filem itu dijadualkan menjalani penggambaran di Gold Coast, Australia pada 1 hingga 15 Ogos ini. Awi bakal membawakan watak seorang busker (penyanyi/pemuzik jalanan) seperti mana kehidupannya sebelum ini di sana.

Pencapaian
Tercalon dalam senarai Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-25

Link Video Klip
http://www.youtube.com/watch?v=wUH7zsbMVBE
http://www.youtube.com/watch?v=TQpibNlDcfo

Discography

See All