Malam Sensasi Bersama Judika

Malam Sensasi Bersama Judika
KKBOX编辑室
KKBOX编辑室

Penyanyi solo Indonesia bersuara serak ini telah menempah popularitinya di Malaysia dengan lagu-lagunya yang selalu bermain di corong radio seperti ‘Setengah Mati Merindu’, ‘Bukan Dia Tapi Aku’, ‘Aku Yang Tersakiti’ dan ‘Sampai Kau Jadi Milikku’ semestinya telah mendapat tempat dihati pendengar di Malaysia. Persembahan ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ yang berlangsung di West Entrance, IOI City Mall, Putrajaya pada 3 Mac 2017 yang lalu sememangnya membuktikan pengaruh besar Judika di Malaysia. Saya sampai seawal jam 7.00 malam dan kawasan showcase itu telah pun dipenuhi peminat-peminat setia yang tidak sabar menantikan penyanyi pujaan mereka. Showcase yang dibawakan oleh HyppTV dan Sony Music ini diadakan secara langsung dan merupakan sebahagian daripada promosi jelajah bagi memperkenalkan single terbaru beliau ‘Jadi Aku Sebentar Saja’ yang akan dimuatkan dalam album terbaharu Judika. Tepat jam 8 malam, penonton dihidangkan dengan persembahan pembukaan daripada artis-artis jemputan seperti Leo Danniel, Farisha Irish, Fiqri Jelani, Persis dan Ary Hadre. Penonton semakin bersemangat dengan persembahan warm-up ini. Apabila jam hampir menunjukkan jam 9 malam, peminat-peminat sudah mula melaungkan nama Judika, barangkali tidak sabar untuk menyaksikan persembahan beliau. Suasana menjadi sedikit kecoh apabila kenderaan yang dinaiki Judika telah sampai di belakang pentas. Ekspresi Judika pastinya menunjukkan beliau juga teruja untuk memulakan persembahan. Kumpulan band bersama beliau telah bersedia dan Judika naik ke pentas dan penonton yang ada ketika itu bersorak teruja dan terpukau dengan persembahan pembukaan yang ditonjolkan oleh Judika. Beliau mulakan dengan persembahan yang ‘power’, turun dari pentas dan mengajak peminat dari satu sudut ke satu sudut untuk menyanyi bersama beliau lagu rancak beliau ‘Sampai Kau Jadi Milikku’. Persembahan pertamanya yang bertenaga ini diteruskan dengan lagu kedua ‘Setengah Mati Merindu’. Peminat-peminat mendendangkan bersama-sama, lagu popular yang pastinya dihafal oleh semua, “Aku menunggu kalian semuanya”, mengusik manja peminat-peminatnya. Vokal mantap Judika menarik nada tinggi lagu ‘Bukan Rayuan Gombal’ sememangnya menunjukkan beliau adalah penyanyi yang amat hebat membuat persembahan secara langsung. Judika juga melaungkan “Di mana Judikaholics saya pada malam ini, berikan jeritan sedikit”, fans beliau yang pastinya akan berada di mana-mana sahaja beliau melakukan konsert. Persembahan seterusnya yang meruntun hati peminat-peminat, dengan lagu ‘Bukan Dia Tapi Aku’. Judika sempat bergurau dengan kumpulan band beliau dan memperkenalkan mereka dan mereka menunjukkan skil masing-masing kepada penonton. Sememangnya bijak Judika menghiburkan penonton-penontonnya. Saya diberitahu oleh pihak Sony Music, selepas daripada concert, Judika menjanjikan untuk menyanyikan 5 buah lagi pada showcasenya pada kali ini. Sebaliknya, beliau menghadiahkan lagi 3 buah lagu kepada penonton-penonton yang sememangnya bertenaga pada malam itu. Beliau meneruskan persembahan dengan lagu ‘Mama Papa Larang’ serta lagu terbarunya, ‘Jadi Aku Sebentar Sahaja’. Judika meluahkan penghargaannya kepada penonton-penonton yang terus setia dan hadir memberi sokongan kepadanya. Judika amat gembira kerana berkesempatan untuk bertemu dengan peminat di Malaysia disamping mempromosikan single terbarunya. Secara spontan , Judika mengakhiri persembahan beliau pada malam itu dengan sebuah lagu bonus yang tiada dalam senarai persembahan buat peminat Malaysia iaitu ‘Suci Dalam Debu’ dendangan Saleem daripada kumpulan Iklim.

KKBOX编辑室
KKBOX编辑室

Related Albums

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy