Legasi Siti, Kehebatan Audrey

  • Female Artist
  • Asian
  • Malay/Indo
haf1zanmohd
Kredit Foto: Malaysian Digest
Tidak sukar sebenarnya untuk suka dengan Siti. Back to the mid 90’s namanya cukup hangat dengan bakat serta cerita hidupnya yang bersusah-payah untuk menjadi penyanyi dengan prinsip untuk tidak berpakaian seksi dan bergambar dengan selebriti lelaki. Faktor-faktor ini buat Siti istimewa berbanding penyanyi yang ada ketika itu yang ‘asal boleh’ dengan janji mencipta nama. Tanpa perlu tahu bagaimana trik untuk menjadi penyanyi yang dihormati. Dan ya, Siti buktikan segala apa prinsip yang dikendong selama ini menjadi dan dia cukup dihormati akan bakat serta kredibilitinya sebagai anak seni sehingga hari ini.

Kali terakhir saya menonton konsert Siti adalah bagi Konsert Satu beberapa tahun lalu yang diadakan di Istana Budaya dan selepas itu beberapa siri konsert lain turut diadakan. Saya sedikit terkilan kerana gagal ke konsert Lantera Timur kerana itu merupakan seratus peratus persembahan lagu-lagu tradisional yang pernah Siti rakam. Dan kita semua tahu akan magis Siti dalam menyampaikan lagu-lagu irama Malaysia ini amatlah mengagumkan. Tapi tidak mengapa, saya masih lagi berkesempatan ke konsert Where The Heart Is ini dan cukup puas mendengar lunak merdu suaranya.

Kredit Foto: Malaysian Digest
Siti membuka konsert ini dengan trak medley rancak Jalinan Cinta yang dipetik daripada album Safa dan Siti Situ Sana Sini yang merupakan antara trak favorite saya. Siti meneruskan persembahan dengan lagu ciptaan LY dan Baiduri, Kesilapanku Keegoaanmu. Terus terang ini merupakan trak yang paling saya kurang gemar. Pop nya terlalu meleleh dan saya hanya boleh enjoy suara Siti sahaja jika didengar rakaman studionya. Namun semuanya berubah dengan susunan semula yang dibikin Aubrey Suwito yang juga pengarah muzik malam tersebut. Saya gilakan dengan arrangement yang dibikin! Sangat-sangat sedap and that cheesy pop turn to a very good pop song. Kebijaksanaan Aubrey adalah apabila dia berjaya ‘menyedapkan’ sesebuah karya komposer lain dengan susunan muzik yang tepat. Ingat lagi Bukan Cinta Biasa? Jika anda mendengar melodi asal lagu tersebut ia sebuah pop biasa namun di tangan Aubrey ia nyata sebuah trak yang sangat hebat.

Saya tidak mahu bercakap tentang konsep konsert yang hampir serupa dengan apa yang dipersembahkan oleh Beyonce. Dari rekaan pentas sehingga kepada konsep pengacara dan dialog antara lagu yang dicipta. Semuanya tidak penting bagi saya kerana untuk seorang Siti Nurhaliza apa yang penonton mahukan adalah sekadar mendengar alunan merdunya. Jadi bagi saya konsert berkonsep sebegini agak lame kerana saya datang untuk dengar dia menyanyi dan menyanyi dan menyanyi. Cukup sekadar muzik yang bagus sistem bunyi terbaik dan susunan muzik Aubrey Suwito.

Kredit Foto: Malaysian Digest
Malam tersebut Siti turut menyampaikan medley lagu-lagu inggerisnya seperti Stand Up dan Remmeber You sebelum berduet bersama Hazama dalan trak Just Give Me A Reason. Segmen ini agak bosan untuk saya. Pertama kerana dua lagu medley inggeris yang dibawa sebetulnya tidaklah memberi impak dalam karier Siti dan kedua sejujurnya Siti tidak patut merakamkan album inggeris. Ini merupakan satu kesalahan terbesar penyanyi ini sepanjang kariernya kerana itu merupakan album paling buruk pernah dirakam Siti.

Nasib baik segmen tersebut tidak berlangsung lama. Dua lagu tradisional yang cukup ikonik – Cindai dan Nirmala dibawa dengan baik. Biarpun berkali-kali dibawakan dalam mana-mana persembahan saya tidak pernah bosan mendengar melodi ciptaan Pak Ngah ini. Siti turut menyampaikan lagu terbaru yang bakal dimuatkan dalam album yang akan datang iaitu Jaga Dia Untuk Aku. Melodinya baik dan tidaklah sejiwang Muara Hati. Jadi saya dapat bayangkan sesuatu yang berbeza dalam album pop yang bakal diedarkan nanti. Siti menutup konsert dengan trak Lebih Indah yang cukup indah melodinya ciptaan Aubrey Suwito. Dan sekali lagi saya mahu memberikan kredit buat Aubrey yang berjaya mengalihkan muzik pop Siti kepada sesuatu yang lebih segar, tidak cengeng dengan semangat susunan muzik yang cukup hebat. Tahniah Aubrey dan bertuah Siti menemukan penerbit hebat ini. Tanpa Aubrey saya kira Konsert Where The Heart Is ini hanya sekadar persembahan biasa.


haf1zanmohd

Terikat antara minat dalam penulisan dan fotografi membuatkan dia mengambil keputusan untuk belajar kedua-duanya ke pringkat lebih tinggi di universiti. Mula menulis blog berkaitan muzik secara suka-suka pada awalnya menjadikan dia penulis secara profesional hari ini. Halakan apa jua muzik buat pendengarannya, pasti mampu menjadi topik bual yang panjang.

Related Albums

Photo Gallery