11 Selebriti Dengan Gelaran Khas Malaysia

11 Selebriti Dengan Gelaran Khas Malaysia

Gelaran seperti Datuk, Dato’ mahupun Tan Sri hanya diberikan kepada insan yang telah banyak berjasa kepada negara. Gelaran ini turut diberikan kepada penggiat seni hiburan. 1. Tan Sri Michelle Yeoh Michelle Yeoh bukan nama asing dalam industri perfileman antarabangsa. Michelle yang berasal dari Ipoh, Perak ini mula mencipta nama apabila dia memulakan kerjaya sebagai pelakon di Hong Kong dan seterusnya dilamar untuk membintangi file James Bond : Tomorrow Never Dies sebelum beraksi di dalam filem ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’ arahan Ang Lee. 2. Tan Sri S.M Salim Siapa tidak kenal seniman veteran kesayangan Malaysia ini. Tan Sri S.M Salim tidak pernah lupa untuk memperjuangkan muzik asli Melayu di persada muzik tanah air. Tan Sri S.M Salim juga pernah berkolaborasi bersama Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan Jamal Abdillah untuk mengajak orang ramai untuk cintakan irama asli Melayu. 3. Datuk Shah Rukh Khan Ramai yang tidak faham kenapa pelakon Bollywood nombor 1 ini diberikan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka tidak lama dahulu. Walaupun bukan rakyat Malaysia, usaha Shah Rukh Khan dalam mempromosikan Melaka serta Malaysia di dalam filem lakonannya. 4. Datuk Sheila Majid Sheila Majid adalah nama besar di Malaysia. Wanita cekal memperjuangkan irama jazz ini berjaya menempa nama di Indonesia dan antara artis Malaysia yang popular di negara sebrang itu. Masih aktif menyanyi, minta terhadap muziknya itu kini diturunkan kepada anaknya, Kayda. 5. Datuk Jackie Chan Jackie Chan merupakan pelakon antarabangsa kedua yang menerima anugerah Datuk selepas Shah Rukh Khan. Jackie Chan yang popular menerusi lakonannya di dalam ‘Police Story 3’ yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur pada tahun 1992, dan disebabkan itulah, Jackie Chan diberi gelaran tersebut. 6. Datuk Jimmy Choo Jasa pereka kasut terkenal dunia ini tidak boleh disangkal. Beliau yang mula menempa nama apabila mendiang Puteri Diana menggemari rekaan kasut beliau. Sejak itu, Datuk Jimmy Choo mula menarik minat selebriti popular antarabangsa. Walaupun kini beliau tidak lagi memiliki jenama Jimmy Choo, namun dia giat dalam industri fesyen. 7. Dato’ Hattan Dato’ Hattan mempunyai vokal yang istimewa. Lagu seperti Rendang Tak Berbuah antara lagu yang membawanya menjadi penyanyi 90an yang disayangi ramai. Masih giat dalam industri muzik, bekas pengetua Akademi 2014 ini pernah berkolaborasi bersama W.A.R.I.S untuk lagu Gadis Jolobu. 8. Datuk Rossa Lagu Pudar menjadikan penyanyi genit dari Indonesia ini popular di sana dan di Malaysia. Berterusan membuat persembahan dan konsert di Malaysia, membuatkan beliau dianugerahkan gelaran Datuk. 9. Datuk M.Nasir M.Nasir digelar sifu di dalam indusri muzik tanah air. Walaupun berasal dari Singapura, M.Nasri banyak membantu melahirkan muzik serta lagu yang terbaik dari segi komposisi serta liriknya sendiri. Selain menyanyi, M.Nasir juga giat membintangi filem berprestij antaranya seperti Puteri Gunung Ledang. 10. Dato’ Siti Nurhaliza Penyanyi kegemaran tanah air ini disayangi peminat dari berbilang kaum. Dato’ Siti Nurhaliza yang banyak memenangi anugerah di dalam serta di luar negara berjaya membuka mata dunia kepada Malaysia. Digelar penghibur nombor satu di Asia, beliau kini bakal menghasilkan album terbaru hujung tahun ini. 11. Datuk Ramli M.S Insan yang berbakat besar dalam susunan muzik ini antara pengkritik muzik yang ‘tough’ di Malaysia. Sering menjadi pengarah muzik di konsert dan mana-mana persembahan muzik berprestij negara, Ramli M.S sememangnya banyak berjasa kepada industri muzik negara.

KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy