5 Perkara Menarik Ni Yang Pasti Anda Lakukan Semasa Bulan Puasa

5 Perkara Menarik Ni Yang Pasti Anda Lakukan Semasa Bulan Puasa
Nurul Anual
Nurul Anual

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, selain daripada menahan lapar dan dahaga, umat Islam turut mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan ibadah mereka dengan melakukan perkara-perkara yang wajib dan sunat seperti melakukan solat terawih dan bersedekah. Ada beberapa perkara menarik yang lain yang pasti anda lakukan semasa bulan puasa juga. Tak sah jika anda tak fikirkan perkara-perkara seperti di bawah ni kan?

1. Kuih Raya

Photo by mentatdgt from Pexels

Photo by mentatdgt from Pexels

Apa lagi, keluarkan lah barang-barang untuk buat kuih raya dalam kabinet dapur anda yang dah setahun anda tak guna tu! Sama ada bakar biskut raya daripada resipi turun temurun keluarga anda atau Google je. Pelbagai resipi pilihan, daripada biskut tradisi seperti tart, bangkit, makmur, sarang semut ke resipi yang lebih moden seperti almond london, cornflakes madu, popia nestum dan macam-macam lagi.

Kalau nak lagi mudah, anda juga ada pilihan untuk klik dan bayar sahaja. Bak kata orang melayu, semua ni ‘kuih tunjuk’. Terdapat banyak pilihan anda boleh rambangkan mata anda, layari di Instagram atau Facebook. Pasti semua agen-agen kuih sudah buat promosi untuk jualan kuih raya mereka.

2. Baju Raya

Dah buat keputusan apakah warna tema baju raya untuk keluarga anda tahun ni? Tempahan baju raya selalunya diterima paling kurang dua atau tiga bulan sebelum raya tau! Kalau anda belum tempah, anda perlu risau sekarang.

Jangan risau, butik-butik baju pasang siap sekarang tumbuh bagai cendawan. Anda boleh layari laman web seperti Fashion Valet atau Zalora yang menampilkan jenama-jenama daripada pereka fesyen tempatan. Atau walk-in sahaja ke butik-butik mereka atau butik-butik lain seperti Jovian, Modvier, Mimpi Kita atau bazaar di Jalan TAR. Semuanya terpulang kepada tangan dan bajet anda tahun ni – wanna go for simple and moderate, or all out G.L.A.M.O.R.O.U.S!

3. Iftar Gathering

Time ni kawan-kawan daripada tadika, sekolah, universiti dan tempat kerja mula book tarikh untuk berbuka puasa bersama kan? Pasti tiap-tiap minggu jadual anda penuh dengan jemputan untuk iftar. Ini lah peluang untuk anda merasa pelbagai juadah berbuka puasa yang menarik kan. Food exploration begins!

Namun kita kena beringat dan jangan terlalu ikutkan nafsu, nanti terbatal pula puasa anda! Dan jangan lupa untuk book ahli keluarga anda untuk berbuka puasa bersama mereka juga ya. Family first!

4. Raya Mana?

Balik kampung…OoooOoooOooo…balik kampung…dah beli tiket bas? tiket kapal terbang? dah bincang tahun ni balik raya rumah keluarga anda atau keluarga mertua anda? Pasti tak sabar untuk merasakan kemeriahan Aidilfitri, juadah raya seperti ketupat dan rendang, bunga api dan bunyi mercun.

Apa juga rancangan anda, jangan lupa untuk periksa kenderaan anda jika memandu balik kampung. Pandu cermat, jiwa selamat.

5. Layan Lagu-lagu Raya

Dua minggu sebelum raya, anda pasti akan dengari lagu-lagu raya diputarkan di stesen-stesen radio. Lagu-lagu klasik daripada Saloma dan P.Ramlee hinggalah ke lagu-lagu popular Dato Siti Nurhaliza dan lagu-lagu yang lebih moden seperti daripada Bunkface.

Tapi anda tak perlu risau, kalau tak sabar nak dengar lebih awal, on je KKBOX anda. Kami dah sediakan pelbagai senarai main lagu-lagu raya yang anda boleh enjoy segera! Checkout senarai-senarai main di bawah, kami juga sediakan senarai main untuk bulan puasa ni tau!

Setuju tak dengan perkara-perkara di atas? Kalau setuju jom share dengan rakan-rakan anda, pasti mereka juga ingin enjoy muzik di KKBOX. Let’s Music!



Nurul Anual
Nurul Anual

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy