6ixth Sense Lancar 'Sense of Love'

  • Concerts
  • Rock
  • Group
  • Popular
  • Malay/Indo

Tahun 2014 6ixth Sense telah melahirkan single berjudul ‘Sebuah Maksud’ dan mereka juga telah mempunyai anak didik yang bernaung di bawah syarikat 6ixth Sense Production iaitu Sakura Band. Dengan mempertaruhkan artis-artis di bawah naungan 6ixth Sense Production,Puteh Entertainment dan Lunasuara Records serta kerjasama dengan Indigital Sdn Bhd terhasillah album kompilasi “Sense Of Love”.

Artis-artis yang terlibat di dalam album kompilasi ini selain 6ixth Sense adalah Sakura Band, Cherpen Band & Zara Ali. ‘Sense of Love’ memuatkan 8 buah lagu yang kesemuanya adalah ciptaan ahli kumpulan 6ixth Sense. Lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Sebuah Maksud, Manisnya Cinta & 7 Kali Malam Minggu dari 6ixth Sense. Pelarian & Melepaskanmu dari Sakura Band. Sumpah Mencintai Sumpah Merindui & Selalu Denganmu dari Cherpen Band. Menampilkan pendatang baru Zara Ali dengan lagu Terlarut Waktu.

Pada majlis pelancaran tersebut, 6ixth Sense tidak hanya memperkenalkan artis-artis yang terlibat serta album kompilasi tersebut tetapi juga sebagai majlis menandatangani perjanjian antara 6ixth Sense dan Pertubuhan Belia Wawasan Baharu. 6ixth Sense juga telah dipilih oleh Pertubuhan Belia Wawasan Baharu sebagai duta ‘Program Jelajah Raja Sehari Mega 2015’. Pertubuhan tersebut adalah penganjur program perkahwinan beramai-ramai tahun 2015 dengan menyasarkan seramai 400 pasangan yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum.

Bersempena dengan program Jelajah Raja Sehari Mega 2015, 6ixth Sense bersama Pertubuhan Belia Wawasan Baharu dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd dan Hard Rock Café Kuala Lumpur akan mengadakan showcase ‘Sense of Love’. Showcase ang telah dianjurkan bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur menampilkan persembahan dari 6ixth Sense sebagai artis utama serta Sakura Band dan Cherpen Band sebagai artis pembukaan.
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Sering percaya terhadap suara hatinya dan yakin diri bukan sempurna, pemenang kedua pertandingan melukis poster 'Keranamu Malaysia' peringkat sekolah tahun 2004 ini sering cuba membuat sesiapa sahaja di sekelilingnya gembira. Angan-angan menjangkau tinggi dirinya membuatkan dia percaya menulis adalah azamnya dan muzik adalah cinta. A mild ADHD in him made him whom he is now. Currently resurrecting the love of anything Hindustan or traditional, a Prof. X wannabe trying to get into everyone's mind when it comes to music. Don't ask him to choose between Lata Mageshkar or Zaiton Sameon. He'll go cuckoo.

More articles

  • Kyoto Protocol Lancar ‘Catch These Men’

    Album yang dinantikan dari kumpulan Kyoto Protocol telahpun dilancarkan. Album yang diberi nama ‘Catch These Men’ ini merupakan album ‘independent’ penuh ya...

    KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
  • 'Musim Yang Baik' Untuk Sheila On 7

    Sheila on 7 (So7) kini kembali dengan album terbaru mereka yang bertajuk Musim Yang Baik membuktikan kewujudan mereka masih mendapat sambutan walaupun sudah ...

    KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
  • Dewi Cinta, Adira

    Setelah menempah nama di pentas muzik tempatan, Adira kini muncul dengan album sulungnya. Adira yang telah berkecimpung di dalam industri ini selama 4 tahun ...

    KKBOX Editor - Syahir Muhiddin