Lagu Raya Lama VS Lagu Raya Baru

Malaysia
Nurul Anual

Bila kita dapat dengar lagu raya kat radio ni ye? Selalunya lagu-lagu raya akan dipasang seawal dua minggu sebelum bulan Syawal. Masa inilah mood ceria raya dah bermula sebenarnya. Pasti lagu-lagu raya ini mengimbau kenangan beraya pada tahun-tahun sebelum ini.

Contohnya lagu ‘Balik Kampung – Sudirman’, mengingatkan kita dengan kampung halaman yang tercinta. Teruja dan tidak sabar untuk balik kampung untuk bertemu sanak-saudara dan menjamu selera dengan pelbagai juadah raya yang enak.

Ini juga mengingatkan kita dengan lagu raya yang mencuit hati seperti ‘Suasana Hari Raya-Anuar Zain dan Elina’, ‘Selamat Hari Raya-Saloma’ dan ‘Seloka Hari Raya-Uji Rashid dan Hail Amir’. Lagu-lagu raya klasik seperti ni sentiasa mendapat tempat di hati pendengar, dimana ianya selalu diputarkan dikebanyakan stesen-stesen radio dan pusat membeli-belah. Kita membesar dengan mendengar lagu-lagu raya klasik dan telah melekat lirik-lirik lagu ini di ingatan dan jiwa kita.

Namun, setiap tahun artis-artis Malaysia tidak berhenti berkarya dan menghidangkan kita dengan lagu-lagu raya yang baru dan fresh. Namun rata-rata mengatakan lagu-lagu baru raya yang dihasilkan tidak mencapai standardsetanding lagu-lagu klasik raya yang biasa kita dengari.


Lagu raya sekarang kebanyakan bermelodikan pop dan rentak yang lebih rancak seperti lagu daripada 'Bunkface – Anugerah Syawal' atau lebih urbanseperti lagu ‘Raya Oh Yeah’ oleh Yuna. Mereka ini berani untuk menghasilkan lagu raya moden yang original dan kreatif, tidak hanya memberikan nafas baru kepada lagu-lagu raya lama.

Sememangnya feelnya berbeza dan lain. Lagu-lagu raya klasik selalunya mudah untuk kita kaitkan dengan pengalaman atau kisah kita sendiri. Sangat nostalgicdan mudah untuk sing alongjuga. Samaada klasik atau urban, pendengar mempunyai citarasa sendiri dalam memilih muzik yang mereka ingin dengari.

Penghasilan sebuah lagu selalunya mengambil kira kualiti lagu ini melalui melodi, lirik, susunan muzik, adunan, rakaman serta penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Jadi apakah bezanya? Nilai dan mesej yang terdapat dalam lagu-lagu raya klasik lebih menggunakan bahasa dan kesenian melayu yang lebih dalam namun mudah difahami pendengar. Mesej yang ingin disampaikan mempunyai naluri yang tepat. Walaupun tanpa muzik, kesenian liriknya dapat menimbulkan moodperayaan yang disambut.

Apakah yang membuatkan lagu-lagu raya lama yang dipersembahkan dalam pelbagai genre ini kekal popular? Penghasilan lagu raya zaman sekarang perlu mengambil kira aspek-aspek yang penting ini. Gubahan lagu-lagu baru ini perlu dipastikan ia lebih baik daripada lagu-lagu klasik yang menjadi kegemaran ramai atau sekurang-kurangnya samastandard. Lagu-lagu raya lama yang segar dan tidak lapuk dek zaman dan digemari oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.


Mungkin pengkarya muzik perlu meneliti dan tidak hanya mengikut peredaran dunia muzik, hal ini kita dapat lihat pendengar lebih cenderung memilih sesuatu yang klasik untuk lagu raya walaupun seharian mendengar lagu moden pada masa kini. Jadi lebih bagus kiranya lagu-lagu yang dihasilkan tidak lekang dimakan zaman contohnya lagu raya yang disampaikan oleh Dato' Siti Nurhaliza ‘Sesuci Lebaran’ dan ‘Nazam Lebaran’.

Tidak kira klasik atau moden, tapi yang pastinya semua lagu yang dihasilkan semestinya untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri. Jadi terpulang kepada anda untuk membuat pilihan menjelang Syawal ini. Jangan susah-susah atau pening-pening, KKBOX dah buatkan playlist untuk anda, lagu lama ada, lagu baru pun ada tau.

Press PLAY je dan enjoy lagu-lagu raya yang kami hidangkan… nak skip lagu? Hanya jadi pelanggan PREMIUM kami, sekarang ada promosi raya tau! Iringi Aidilfitri ini dengan muzik tanpa had selama 2 bulan PERCUMA!

JOM RAYA! JOM MUZIK!

Nurul Anual

Nurul tidak mengiktiraf dirinya sebagai penulis professional, namun boleh mahir dalam bidang yang ingin di karyakannya. Derianya semakin peka mungkin kerana beliau adalah cheese lover. Dreaming to explore Italy, and enjoy roadtrips, where inspiration can be kept as valuable memories. The feeling is the same as how you enjoy music. Tanpa muzik, roadtrip pasti sunyi dan tidak bermakna.