Mark Adam Lancar Album Sulung

  • Artist
  • Male Artist
  • Popular
  • Malay/Indo
Akhirnya Mark Adam telah menghasilkan sebuah album dan kini adalah artis rakaman dibawah naungan Dj Fuzz. Percubaan pertama lagu solo “Sampai Nanti” yang dicipta oleh Dj Cza dan lirik ditulis oleh Amylea Azizan telah mendapat sambutan yang agak bagus untuk artis baru. Tetapi apabila lagu yang berjudul “Pencuri” diperkenalkan kepada pendengar, nama Mark Adam terus melekat di hati peminat-peminat muzik Malaysia.

Lagu solo yang terbaru berjudul “Si Katak” juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan hari ini kita sentiasa mendengar lagu lagu dari Mark Adam di mana mana sahaja, radio mahupun televisyen. Penghasilan lagu-lagu Mark Adam ini banyak dibantu oleh DJ Fuzz yang bertanggungjawab membuka ruang untuk Mark Adam di persada muzik tanah air bersama dengan rakan rakan beliau.

Penyanyi yang meningkat naik ini mula mendapat peluang luas muncul di media media cetak dan electronik dan pernah membuat persembahan di majlis anugerah seperti Anugerah Blokbuster, Anugerah Meletop dan banyak lagi. Setelah Kejayaan single “Sampai Nanti” & “Pencuri”. Mark sekali lagi menghasilkan singlenya yang berjudul “Si Katak” dan lagu ini juga mendapat sambutan hebat dan menduduki carta carta di radio dengan kedudukan yang amat baik.

Tidak berhenti disitu Mark Adam terus menyajikan peminatnya dengan lagunya paling terbaru yang amat romantis berjudul “Marry Me”. Lagu ini meraih tempat sekali lagi corong corong radio dan sambutan yang tidak putus putus dari peminat Mark Adam.

Dengan kehadiran single demi single dari Mark Adam, Maka pihak Mixology Music telah mengeluarkan album sulung Mark bejudul “Mark Adam” dengan menampillan 12 buah lagu antaranya If, Mind Your Own Business, Pencuri (versi melayu dan Inggeris), Marry Me (versi melayu dan Inggeris) dan banyak lagi.

KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Sering percaya terhadap suara hatinya dan yakin diri bukan sempurna, pemenang kedua pertandingan melukis poster 'Keranamu Malaysia' peringkat sekolah tahun 2004 ini sering cuba membuat sesiapa sahaja di sekelilingnya gembira. Angan-angan menjangkau tinggi dirinya membuatkan dia percaya menulis adalah azamnya dan muzik adalah cinta. A mild ADHD in him made him whom he is now. Currently resurrecting the love of anything Hindustan or traditional, a Prof. X wannabe trying to get into everyone's mind when it comes to music. Don't ask him to choose between Lata Mageshkar or Zaiton Sameon. He'll go cuckoo.