Song

Alamak

Preview Full Track

Lyricist:     Composer:

Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak,
Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak,

Alamak aku terjatuh dalam perigi,
Tiada siapa tahu, ketakutan ku bersendirian,
Check kaki, tangan, kiri, kanan semuanya OK...tapi..
Cuma tak pasti sama ada kepala ok,
Ternampak dua tiga buku di sini,
Warnanya berbeza, isinya sama,
Tajuknya lain, cintanya sama,
Oh! kenapa tak kita, bersama,

Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak,
Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak,

Aku belek buku dari dekat, aku nampak sama,
Kamu jenguk buku dari jauh, kamu nampak beza,
Kamu tengok cetek, kamu nampak hanya nama,
Kerana si ular sudah bikin kamu leka,
Kita sudah lupa, hanya satu pereka,
Kita sudah lupa, boleh makan satu meja,
Hingga kisah benar, kita gelar cereka,
Kita lupa kita, hanya ingat kami dan mereka,
Dan bagaimana, boleh melarat begini? ku kata
Alamak!
Kau kurang memahami, jadi kita semua sebut sekali lagi,
Aku belek buku dari dekat, aku nampak sama,
Kamu jenguk buku dari jauh, kamu nampak beza,
Kamu tengok cetek, nampak hanya nama,
Kerana si ular sudah bikin kamu leka,
Kita sudah lupa, hanya satu pereka,
Kita sudah lupa, boleh makan satu meja,
Hingga kisah benar, kita gelar cereka,
Kita lupa kita, hanya ingat kami dan mereka,

Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak, (lebih banyak yang sama)
Alamak, Alamak, Alamak, Ala, Alamak, (daripada yang berbeza)

Alamak aku terjaga dalam perigi,
Ingin ku ceritakan apa ku mimpi tadi,
Kelam kabut, capai tali, terus daki, pergi, lari!
Apabila ku tiba, ku ceritakan kepada semua,
Mereka tak percaya, dianggap aku berjenaka,
Mentang-mentang ku tak berkasut,
Hanya disarungkan selipar, selipar!
Oh! kenapa tak, tak kita!