Lihatlah (Duet Yusnizar)

Preview

Open KKBOX

Lyricist: M.Nasir   Composer: M.Nasir


Lihatlah
Diriku yang sedang dalam impian
Melayang di awang-awangan

Lihatlah
Insan berlari mengejar masa
Berlumba untuk mencapai cita

Oh! sayang
Apa yang kau menungkan dari dulu
Jiwamu dalam kekosongan

Tidakkah
Kau rasa apa yang aku rasakan
Hadirlah dalam mimpi-mimpiku

Jangan kau runsing lagi
ku akan mengisi kekosonganmu
Jangan kau bimbang lagi
ku kan sabar menunggu
Hingga kau sedar dari mimpi

Semoga
Satu cita dan juga satu mimpi
Bersama kita menempuh hidup

Jangan kau runsing lagi
ku akan mengisi kekosonganmu
Jangan kau bimbang lagi
ku kan sabar menunggu
Hingga kau sedar dari mimpi

Semoga
Satu cita dan juga satu mimpi
Bersama kita menempuh hidup