Song

Jika Kau Rela

Preview Full Track

Lyricist: -     Composer: -



Apakah kau masih sudi menerima diri ini
Sedangkan kau telah tahu kesilapan ku
Sanggupkah engkau menutup mata
Dan memekakkan telinga kerana cinta
Saban hari kau terpaksa
Memamah segala tohmahan
Menelan setiap umpatan kerana daku
Jika kau rela aku sedia
Seandainya kau tak sudi
Aku mengerti

Apalah ertinya percintaan tinggal sisa
Dibelenggu penghinaan

Sekali tercoret sampai bila takkan kering
Walaupun ku cuba memadamkannya
Namun cinta masih mekar di dada
Yang nyata aku setia
Hanya nasib tidak sebelahi kita
Kuharap kau terima

Sekali tercoret sampai bila takkan kering
Walaupun ku cuba memadamkannya
Namun cinta masih mekar di dada
Yang nyata aku setia
Hanya nasib tidak sebelahi kita
Kuharap kau terima

Bagai daun yang kering tak bermaya
Terkulai jatuh berderai
Seandainya kita rela selama
Pasti kekal selama

Namun cinta masih mekar di dada
Yang nyata aku setia
Hanya nasib tidak sebelahi kita
Kuharap kau terima

Bagai daun yang kering tak bermaya
Terkulai jatuh berderai
Seandainya kita rela selama
Pasti kekal selama
Namun cinta