Senyumlah Kuala Lumpur - Album Version
From
Ulangtahun Ke-40 1968-2008
Released

Senyumlah Kuala Lumpur - Album Version

Lyricist:     Composer:

Kuala Lumpur senyumanmu dipagi ini
Sungguh bererti kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya dipapan tanda
Tergambar wajahmu dengan kalimat
Cinta untuk kita semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta agar bersinar sentiasa

Berganding tangan kita berdua
Menyusuri jalan ditengah kota
Sambil senandungkan lagu lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta agar bersinar sentiasa

Terima kasih kuucapkan oh kepadamu
Kuala Lumpur kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...