Song

Istana Pasir - Album Version

Preview Full Track

Lyricist:     Composer:



Di tepian pantai yang indah permai kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan sedang dalam percintaan
Yang sungguh hati mereka berdua kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba musnahlah oh istana
Tergugatlah perasaan mereka kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat dihati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan melihat ketabahan ini

Sedang mereka terpesona melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba musnahlah oh istana
Tergugatlah perasaan mereka kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina pada istana yang bakal dibina

Sedang mereka terpesona melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba musnahlah oh istana
Tergugatlah perasaan mereka kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina yang dibina