Tiada Lagi Tangisan

Lyricist: Mohariz Yaakub    Composer: Adnan Abu Hassan
Kini telah lama kita berpisah
rintihan asmara kian berubah
tiada lagi mengharap
tiada lagi belaian manja mu
semua telah berakhir

Ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya

Tiada lagi tangisan
tiada lagi air mata
membasahi jiwa luka
yang tinggalan hanya memori duka

Semuanya diduga pertemuan kali ini
takkan berkekalan
berakhirlah istana bahagia

Biarkan daku hidup kesorangan
tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
titisan air mata kini kekeringan
tak perlu menabur kasihmu

Ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya

Dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu
akan ku rela segalanya tanpa mu

Tiada lagi tangisan
tiada lagi air mata
membasahi jiwa luka
yang tinggalan hanya memori duka

Semuanya diduga
pertemuan kali ini
takkan berkekalan
berakhirlah istana bahagia

Biarkan daku hidup kesorangan
tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
titisan air mata kini kekeringan
tak perlu menabur kasihmu
Kasihmu...