Song

Sebelum Kita Berpisah (Radio Edit)

Preview Full Track

Lyricist: -     Composer: -


Kasih aku rasa kau sudah berubah
Apakah benar sangkaku
Luahkan dengan jujur

Kerna tiada guna cinta yang memaksa
Mulakanlah hidup yang baru tanpa diriku di sisi
Aku akur tetapi...

Sebelum kita berpisah
Kurangkanlah rasa marah
Katakan kau bahagia selama kita bersama
Dan selepas melangkah pergi
Janganlah berpaling lagi
Ku bukannya insan yang kau kenali
Seperti sebelum kita berpisah

Kasih ku harapkan kau temui cinta
Yang seharusnya diterima
Moga dia menyayangimu dengan lebih baik

Sebelum kita berpisah
Kurangkanlah rasa marah
Katakan kau bahagia selama kita bersama
Dan selepas melangkah pergi
Janganlah berpaling lagi
Ku bukannya insan yang kau kenali
Seperti sebelum kita berpisah

Ingatlah selalu dalam kenanganmu
Memori yang indah...

Sebelum kita berpisah
Kurangkanlah rasa marah
Katakan kau bahagia selama kita bersama
Selepas melangkah pergi
Janganlah berpaling lagi
Ku bukannya insan yang kau kenali
Seperti sebelum kita berpisah
Sebelum kita berpisah