Pakaian Budaya Di Aidilfitri (Suhana Jasmy)

Lyricist: -    Composer: -
Suasana berseri seri
Baju melayu pakaian budaya
Songkok dan sampin
Beranika warna
Bila dipakai di Hari Raya

Selamat Hari Raya
Hari yang mulia
Selamat Hari Raya
Sebulan dah puasa

Saling kujung mengunjung
Saling bermaaf maafan
Eratkan silatulrahim
Perpaduan terjalin

Sungguh manis bila dipandang
Bertudung serta selendang
Demi menjaga budaya
Anak bangsa keturunan kita

Selamat Hari Raya
Hari yang gembira
Selamat Hari Raya
Bersama kaum keluarga

Berbaju kurung atau kebaya
Mencerminkan keaslian kita
Cantik dipakai di hari biasa
Apatah lagi di Hari Raya
Hari Raya, Hari Raya
Selamat berhari raya

Menziarahi sesama kita
Tak kira miskin ataupun kaya
Sama sama kita merasa
Kenikmatan di hari raya

Hari raya hari raya
Hari yang mulia

Selamat Hari Raya
Hari yang gembira
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Aidilfitri mulia
Aidilfitri mulia