Song

Bersama Kamu

Preview Full Track

Lyricist:     Composer:



Engkau dan aku sedar cinta bukan suatu yang mudah
Pelbagai pancaroba telah mengajar
Berat sama dipikul dan ringan dijinjing bersama
Sedikit pun tak mengubah setia cinta berdua

Biarlah diri kuyup dibasahi hujan
Bersama kamu dari berteduh berseorangan
Biarlah diriku menempuhi cabaran
Bersama kamu dari selesa sendirian

Masih jauh lagi perjalanan bakal menanti
Ku mengharapkan kita sentiasa tabah
Berat sama dipikul dan ringan dijinjing bersama
Sedikit pun tak mengubah setia cinta berdua

Biarlah diri kuyup dibasahi hujan
Bersama kamu dari berteduh berseorangan
Biarlah diriku menempuhi cabaran
Bersama kamu dari selesa sendirian

Biarlah diri kuyup dibasahi hujan
Bersama kamu dari berteduh berseorangan
Biarlah diriku menempuhi cabaran
Bersama kamu dari selesa sendirian
Biarlah susah kerna ku senang berdua