Song

Pembakar Perasaan

Preview Full Track

Lyricist: -     Composer: -


Berhentilah kataku berhenti
Terlalu sakit menyucuk hati
Berhentilah oh terlalu membakar perasaanku

Tak dapatkah kau mengenaliku
Apa yang kusuka dan kubenci
Tak dapatkah oh mempelajari mahuku

Sebagaimana ku mempelajari mahumu
Seharusnya kau juga begitu
Barulah kita menyelam bahagia
Dan saling mengerti oh kasih

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau memuja gelombang perasaan
Kerana bisa terpisah dari kebahagiaan
Dan akan membakar diri

Anggaplah ini satu didikan
Tanda sayang ku kepadamu
Dan bukanlah satu tanda kebencian oh sayang

Mengertilah oh sayang
Apa yang aku mahukan
Supaya cinta berkekalan
Barulah kita menyelam bahagia
Dan saling mengerti oh kasih

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau membuka kelopak perasaan
Kerana kita terpisah dari kebahagiaan
Dan akan membakar diri

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau membuka kelopak perasaan
Kerana kita terpisah dari kebahagiaan
Dan akan membakar diri

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau membuka kelopak perasaan
Kerana kita terpisah dari kebahagiaan
Dan akan membakar diri

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau membuka kelopak perasaan
Kerana kita terpisah dari kebahagiaan