Sireh Pinang

Lyricist: -    Composer: -
Burung darat terbang tinggi
Hinggap sebentar di kayu rendah
Ampunkan kami tegak berdiri
Turunnya duduk kami bersembah

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Dendanglah nyanyi nyanyian melangkah
Dalam hati dengan lagu lagu yang berseri-seri
Dendanglah nyanyi nyanyian melangkah
Dalam hati dengan lagu lagu yang berseri-seri

Limau purut jatuh ke lembah
Tiba di lembah tertusuk duri
Pinang penghayal sirih penyembah
Jari sepuluh menjunjung duri

Makan nasik di atas gulai
Gulainya lazat ikan tenggiri
Makan sirih sekapur sorang
sampainya hajat undangan kami

Senanglah hati senang sentiasa
Sireh pinang moga moga menjadi kenang kenangan
Pulanglah pulanglah di lain kali
Patik pulang sireh pinang menjadi ingat ingatan

Senanglah hati senang sentiasa
Sireh pinang moga moga menjadi kenang kenangan
Pulanglah pulanglah di lain kali
Patik pulang sireh pinang menjadi ingat ingatan