Semalam Tanpamu

Lyricist: KRU    Composer: KRU

Entah kenapa aku tak tahu

Diriku buntu tak lena tidur

Oh semalaman aku gelisah

Kiri ke kanan tak tentu arah

Mungkin kerana kau tiada, untuk menemani mimpiku
Mungkin ku sudah tiada punca bila kau menjauh

Sepagi diriku mampu kerana rindu masih belum menyentuh
Sepetang pun tidak mengapa andainya engkau tak bersamaku
Sesenja ku masih kukuh kerana kawalan ku masih teguh
Tapi jangan sekali diriku diuji dengan penyeksaan semalam tanpamu

tanpamu.. tanpamu

Aku menanti saat kembali

Kita berdua saling berdamping

Jangan leretkan kegelisahan

Tanpamu hidupku kesepian

Mungkin kerana kau tiada, untuk menemani mimpiku
Mungkin ku sudah tiada punca bila kau menjauh

Sepagi diriku mampu kerana rindu masih belum menyentuh
Sepetang pun tidak mengapa andainya engkau tak bersamaku
Sesenja ku masih kukuh kerana kawalan ku masih teguh
Tapi jangan sekali diriku diuji dengan penyeksaan semalam tanpamu

Aku tak tahan lagi hanyut bersendiri
Segeralah kau mengisi mimpi-mimpiku

Kejam kejam hukuman yang kejam
Ku meracau dari siang ke malam
Terasakan duniaku statik
Perlukanmu untuk perubahan drastik
Janakan semula magismu, pukau ku dengan pesonamu
Jangan kejam biar ku sebegini
Mengidam kasihmu sepanjang hari

Sepagi diriku mampu kerana rindu masih