Maya Karin
歌手

Maya Karin

78位粉絲
試聽 聽全曲
查看完整熱門歌曲
查看完整歷年精選
Lahir
Maya Karin Roelcke
29 Oktober 1979
Bayreuth, Jerman
Pekerjaan Vokal, Pelakon, Pengacara, Model

Tahun aktif
1970-an-1990-an-sekarang

Maya Karin (nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Jerman, merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia.
Dilahirkan kepada Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan dari Pulau Pinang, Maya berdarah campuran Jerman-Melayu. Beliau merupakan anak sulung di antara tiga beradik dan memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.

Kerjaya
Siri televisyen yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V (saluran 714, Astro), "Beauty Secret From The East" (TV3) dan rancangan mengenai wanita Nona (TV3).
Beliau terbabit dalam rakaman siri TV, Beauty Secret From The East dan Channel V untuk segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Beliau juga terbabit dalam rangka promosi filem Duyung arahan Prof. Abd. Razak Mohaideen. Rancangan pada masa hadapannya masih lagi tidak diumum. Maya pernah mambawakan watak sebagai tomboy dalam filem Anak Halal yang dipuji ramai pihak sebagai antara filem terbaik dilakonkan Maya di Malaysia, yang berkisar tentang kehidupan remaja metropolitan. Maya memegang watak sebagai Joe atau Ana.
Lakonan beliau paling berjaya setakat ini adalah menerusi filem Ombak Rindu. Filem ini bukan sahaja mencapai kutipan box office sebanyak 10.90 juta, malah berjaya menutup kritikan hebat terhadap lakonan Maya Karin yang dikatakan kaku selama ini. [1]. Hasilnya, beliau memenangi Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2011.
Pembabitan dalam bidang permodelan
Maya turut menjadi buruan produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka. Antaranya ialah Pantene, Wella, Halle, dan Yishion (bersama Hans Isaac). Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu Tag Heuer.
Kejayaan
Anugerah pertama yang digenggam Maya ialah trofi Artis Baru Popular pada "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001" (ABPBH 2001) di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya dia memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2005, 2008 dan 2011.

Hasil karya
Filem

2001
Seri Dewi Malam
•Aziz M. Osman
Grand Brilliance

Seri
Watak Utama
•Hero : Hairie Othman

(Pencalonan) Pelakon Harapan Wanita

No Problem
•Z. Lokman
Metrowealth Movies Production

Rosnah Kidam
Watak Utama
•Hero : Danny X Factor & Opie Zami

2003

Mr. Cinderella 2
•Din CJ
Kuasatek Pictures & Skop Production

Anis Johan
Watak Utama
•Hero : Yusry Abdul Halim & Rashid Salleh

2004

Pontianak Harum Sundal Malam
•Pontianak - A Scent of Tuberose (International Title)
•Shuhaimi Baba
Pesona Pictures

Meriam / Maria / Pontianak
Watak Utama
•Hero : Azri Iskandar & Sahronizam Nor

•Aktres Terbaik (Festival Filem Asia Pasifik ke 49 (Fukuoka, Japan)
•(Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 17


Tujuh Perhentian
•A Razak Mohaideen
Metrowealth Movies Production

Dr. Maya
Watak Pembantu

2005

Pontianak Harum Sundal Malam 2
•Pontianak - A Scent of Tuberose 2 (International Title)
•Shuhaimi Baba
Pesona Pictures

Meriam / Maria / Pontianak
Watak Utama
•Hero : Rusdi Ramli

•Aktres Terbaik (Festival Filem Seram & Fantasi Estepona (Malaga, Sepanyol)Fukuoka, Japan)
•(Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 19

2007

1957: Hati Malaya
•Shuhaimi Baba
Pesona Pictures

Salmi / Normala
Watak Utama
•Hero : Rusdi Ramli & Adlin Aman Ramli

Anak Halal
•Osman Ali
Tayangan Unggul

Johanna
Watak Utama
•Hero : Farid Kamil

•Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 21
•Aktres Pilihan Anugerah Oskar PPFM ke 6

2008

Duyung
•A Razak Mohaideen
KRU Studio

Puteri Duyung
Watak Utama
•Hero : Saiful Apek

Punggok Rindukan Bulan
•Azhar Rudin
Da Huang Pictures

Umi Rozah
Watak Utama
•Hero : Sahronizam Nor

2009
Pisau Cukur
•Bernard Chauly
Grand Brilliance & Redfilm

Bella
Watak Utama
•Hero : Shahredza Minhat & Eizlan Yusof

2010

Magika
•Edry Abdul Halim
KRU Studio

Puteri Bunian
Watak Pembantu

Cun!
•Osman Ali
Tayangan Unggul

Luna
Watak Utama
•Hero : Remy Ishak

2011
Ombak Rindu
•Osman Ali
Astro Shaw Tayangan

zzah
Watak Utama
•Hero: Aaron Aziz

Pra-produksi
Taming Sari
•TBA
Astro Shaw Tayangan Unggul

zzah
Watak Utama
•Hero: Fauzi Nawawi & Wan Raja


Lagu

1. Erti Cinta
Anugerah

1. Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH'01)
2. Pelakon Wanita Terbaik dalam "Pesta Filem Asia Pasifik ke-49", 2004 di Fukuoka, Jepun
3. Pelakon Wanita Terbaik dalam "Estepona Fantasy and Terror Film Festival 2005" di Spain
4. Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2005
5. Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.
6. Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2008
7. Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011

Siri TV

1. Wavelength (TV3) Pengacara
2. Ratu Sehari (Astro Ria)
3. Channel [V]
4. Beauty Secret From The East

Model
1. Pantene
2. Wella
3. Halle
4. Yishion
5. L'Oreal
6. Duta Celcom
7. Duta Tag Heuer
8. InnerShine

全部專輯

查看全部