楽曲

Agar Kau Mengerti

試聴する フル再生

作詞:M.Nasir     作曲:Eddynor Ali


Pandanglah diriku yang sepi
Pandanglah pada hati ini
Lalu katakan kepadaku
Apa yang kau lihat
Oh kasih

Dari wajah-wajah nan muram
Apa dapatkah kau menduga
Bahawa tenangkah hati ini
Atau resah bagai gelumbang

Agar kau mengerti daku
Yang hauskan keindahan
Jauh ku berjalan
Ku mencari kepastian

Selagi belum ku temui
Permata idaman jauhari
Aku takkan berdiam diri
Jangan tanya mengapa aku pergi

Seluruh hidup aku ini
Aku cuba mempelajari
Untuk mengerti peribadi
Dalam tiap insan insani

Agar kau mengerti daku
Yang hauskan keindahan
Jauh ku berjalan
Ku mencari kepastian

Selagi belum ku temui
Permata idaman jauhari
Aku takkan berdiam diri
Jangan tanya mengapa aku pergi

Seluruh hidup aku ini
Aku cuba mempelajari
Untuk mengerti peribadi
Dalam tiap insan insani