#TAG
Artist

#TAG

317 Followers
Preview Full Track
“hashtag” merupakan kumpulan duo terbaru dibawah label KRU Music. #tag diwakili oleh dua anak muda berbakat besar yang merupakan kenalan rapat sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Akira Shukri & Hez Hazmi. #tag bermula sebagai artis `You Tube’ iaitu penggiat seni yang mempersembahkan karya lagu asli atau saduran mereka menerusi medium laman sosial tersebut.

Lagu duo pertama #tag adalah `My Crush’ versi busking yang mana mampu meraih sebanyak 113,522 views . Mereka mencipta `My Crush’ dengan menggunakan teknologi terkini iaitu menerusi WhatsApp yang membolehkan mereka berkongsi audio, imej dan video walaupun ketika itu jarak memisahkan mereka. Akira pada ketika itu, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam manakala Hez pula berada di Universiti Teknologi MARA, Arau. Minat mendalam dalam muzik dan perbezaan geografi tidak mematahkan semangat mereka dengan itu terhasillah `My Crush’.

Sebelum ini mungkin ramai yang mengenali mereka sebagai Akira Shukri dan Hez Hazmi dimana setiap ciptaan mereka boleh dilayari di laman `You Tube’ . Selain sebagai komposer muda mereka juga berbakat dalam bermain gitar. Imej mereka juga dikenali dengan duo remaja dengan gitar masing-masing. #tag banyak menghasilkan karya asli berbanding mempersembahkan karya saduran artis lain. Banyak hasil karya mereka mendapat sambutan positif dan sokongan daripada pengikut setia mereka.

Keunikkan pemilihan nama duo ini #tag adalah berteraskan dengan perkembangan teknologi sekarang. #tag merupakan artis atau duo pertama di Malaysia yang menggunakan simbol # sebagai nama komersial mereka. Penggunaan simbol # dikaitkan dengan trend terkini. #tag mencipta trademark tersendiri ini boleh dilihat melalui lagu ciptaan dan nyanyian mereka diwajibkan terdapat verse yang mempunyai RAP biarpun hanya serangkap sahaja.

Discography

See All