Song

Setiap

Preview Full Track

Lyricist: Edry Abdul Halim     Composer: Edry Abdul Halim



Setiap detik bagaikan jarum
Yang menyucuk hati tanpa henti

Setiap kali menguras airmata
Terundang lamunan bersamamu
Mengimbas mimpi di masa dulu
Sebelum cinta layu

Sejak kau pergi
Tak pernah pun sekali
Rindu berhenti menyeksa jiwa
Parutnya masih lagi terluka
Dari saat berpisah

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik

Tercampak aku ke dalam kelam cinta
Tanpa punya secercah harapan
Sedangkan diri tak kermampuan
Menanggung perih sepi

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik

Kau tiada ku hancur
Jiwaku lemah berdikari
Setiap detik bagaikan jarum
Yang menyucuk hati tanpa henti
Kerana hanya dirimu ku mahu
Hanya dirimu ku rindu
Dan hanya dirimu ku perlu
Dalam setiap nafasku

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik