10 Lagu Wajib Dengar Ketika Aidilfitri

10 Lagu Wajib Dengar Ketika Aidilfitri
10. Selamat Hari Raya – Allayarhamah Puan Sri Saloma ‘Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong’ Potongan lirik yang pasti mengimbau kenangan sejak kecil. Lagu yang mula berkumandang di radio sejak tahun 60an ini merupakan lagu klasik yang wajib dimainkan ketika menyambut Aidilfitri. 9. Warna-Warni Aidilfitri - Amy Mastura, Erra Fazira, Shima, Hattan, Nash & Ameng Membariskan penyanyi-penyanyi terkenal menjadikan lagu ini antara yang wajib didengarkan menjelang hari raya. Lagu berentak ceria ini menceriakan kemeriahan sambutan hari raya yang pnuh warna-warni. 8. Nostalgia Aidilfitri – Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Tiada siapa yang boleh menandingi kekuatan Allayarhamah Datuk Sharifah Aini dalam menyanyikan lagu-lagu asli. Nostalgia Aidilfitri antara lagu-lagu raya dari beliau yang mendayu dan semestinya best untuk di dengar. 7. Halaman Asmara – Ziana Zain & Awie Sekali dengar pasti ramai yang tidak menyangka ini adalah lagu raya. Halaman Asmara mula popular sekitar tahun 90an. Lagu yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi legenda negara sesuai bagi yang sedang hangat bercinta di hari raya ini. 6. Pulanglah – Aishah Ketika hari raya pasti ada yang berduka mungkin kerana berpisah dengan yang tersayang. Lagu balada sedih dari Aishah ini pasti berjaya membuai perasaan anda dan turut merasakan pahitnya apabila kehilangan orang yang tersayang apabila ingin menyambut aidilfitri. 5. Sesuci Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza Sesuci Lebaran ini merupakan lagu raya pertama penyanyi nombor satu negara ini. Walaupun usianya tidak seperti lagu raya yang lain namun lagu ini telah dianggap antara lagu klasik yang pasti akan dimainkan menjelang syawal. 4. Menjelang Hari Raya – Datuk DJ Dave Datuk DJ Dave antara penyanyi veteran yang masih lagi disanjung tinggi. Lagu raya nyanyiannya, pasti meniti di bibir masyarakat apabila terfikirkan lagu raya nostalgik. 3. Suasana Hari Raya – Anuar Zain & Ellina Walaupun dinyanyikan oleh dua orang penyanyi cilik ketika itu, lagu ini menggabungkan elemen suasana hari raya dari perspektif kanak-kanak. Siapa sangka Anuar Zain pada masa itu akan menjadi dirinya seperti sekarang. 2. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Allayarham Dato’ Sudirman Lagu yang pastinya membuat sesiapa sahaja bergenang air mata terutamanya yang tidak dapat kembali ke kampung untuk meraikan hari raya bersama keluarga. 1. Dendang Perantau – Allayarham Tan Sri P Ramlee Lagu mendayu ini adalah yang paling ikonik dalam kalangan lagu-lagu raya. Lagu yang menceritakan perasaan beraya di perantauan pastinya akan meruntun sesiapa yang mendengarnya terutamanya yang merantau di negara orang.
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy