Hip-Hop Tanah Airku

Hip-Hop Tanah Airku

Muzik hip hop sememangnya muzik yang semakin hari, semakin mendapat tempat di kalangan penggemar muzik tempatan. Evolusi genre ini sangat mengujakan saya, perubahannya pada peringkat global dan tempatan seiring dengan pendewasaan saya. Ia salah satu jalur muzik yang amat saya minati.

Bermula sebagai sebuah natijah bagi membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan kesengsaraan komuniti African-American di Amerika Syarikat, hip hop hari ini berkumandang di seantero dunia. Di Malaysia sendiri, sejarah hip hop sudah memasuki dekad keempatnya.

Ini antara fakta yang perlu anda ketahui mengenai dunia hip hop tanah air.

Breakdance Permulaan Kemasukan Budaya

Pada tahun 1984, sebuah filem tempatan diterbitkan yang bukan sahaja menggegarkan pasaran box-officeMalaysia, malah ia catalystuntuk pertapakan budaya hip hop di negara ini. Filem bertajuk Azura, lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud, memaparkan sebuah babak yang segar dan tidak pernah dipertontonkan kepada khalayak tempatan, sebuah babak breakdance.

Babak ini bersejarah kerana ia memainkan peranan dalam menanam minat dan mencambah pertumbuhan kumpulan B-Boysdan B-Girlstanahair.

Krash Kozz Artis Hip-Hop Pertama Malaysia

Dianggotai Najee, Jakeman, DJ Gabriel dan Suresh, Krash Kozz kumpulan muzik pertama yang memperkenalkan jalur hip hop di negara ini. Mixtapepertama mereka diterbitkan pada tahun 1989 oleh Joe Siva, godfatherhip hop Malaysia. Mereka memperkenalkan irama New Jack Swing dengan kemasukan Mohd Firhad Ahmad pada tahun 1992.

Menariknya, Krash Kozz bukan sahaja mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan, mereka juga dikenali di peringkat Asia di mana lagu mereka pernah memasuki carta Billboard Asia.

Rap Melayu Popularkan Hip-Hop


Siapa dapat lupakan kemunculan awal kumpulan seperti Nico, KRU dan 4U2C. Dengan oversized t-shirtdan CD digantung di leher, kumpulan-kumpulan ini pemecah dominasi muzik rock dan balada yang merajai corong radio ketika itu.

Lagu-lagu seperti Fiona, Awas, Fanatik dan Inilah Nasibku menjadi siulan anak muda yang bukan sahaja menyukai muziknya, malah terpengaruh dengan fesyen dan budaya hip hop itu sendiri.

Positive Tone Label Tulang Belakang


Tidak dapat disangkal lagi, syarikat rakaman Positive Tone penggerak utama demam hip hop di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Jeff Siah dan Kenny Tay, label ini kemudiannya berkembang pesat dengan kemasukan dua orang anak muda, Paul Moss dan Ahmad Izham Omar.

Bermula dengan kumpulan Poetic Ammo, Positive Tone kemudiannya hit it bigdengan kumpulan Too Phat. Disamping itu, mereka juga memperkenalkan kumpulan Teh Tarik Crew, selain artis R&B seperti Innuendo, Ferhad, V.E. dan Ruffedge.

Too Phat Penanda Aras


Bila bercakap tentang hip hop di Malaysia, rasanya tidak sah jika kita tidak menyebut nama kumpulan paling legenduntuk jalur muzik ini disini. Too Phat, duo yang dianggotai Joe Flizzow dan Malique mula dikenali dengan album pertama mereka, Whuttadilly.SingleToo Phat Baby memperkenalkan duo ini di corong radio berbahasa Inggeris ketika itu.

Namun ledakan sebenar Too Phat bermula pada album kedua mereka, Plan B, secara khususnya, lagu bertajuk Anak Ayam. Menggabungkan elemen hip hop dan lagu rakyat, ia resepi untuk kejayaan yang melimpah bagi kumpulan ini. Dimana-mana ketika itu tidak sah kalau tidak mendengar single ini. The single cementedToo Phat sebagai artis Gred A tanah air.

Hip-Hop Dalam Bahasa Kebangsaan


Selepas Too Phat, hip hop tanah air melalui zaman pasang dan surut yang tidak menentu. Tetapi ia tidak pernah mati. Too Phat sendiri telah membuka ruang buat hip hop dipersembahkan dalam bahasa kebangsaan menerusi lagu-lagu mereka seperti Ala Canggung dan Alhamdulillah.

Jalan ini ditelusuri kumpulan Ahli Fiqir pada penghujung dekad lalu. Kemudian, muncul Malique dengan projek solonya mengejutkan industri muzik tempatan. Lirik bahasa Melayu nukilan Malique yang penuh mendalam mendapat respectdaripada masyarakat. Evolusi ini berterusan sehingga ke hari ini, dan proses ini tidak akan berhenti. Hip hop itu sendiri tidak akan mati.

>>> Jom dengarkan lagu-lagu Hip-Hop Tanah Airku

Khaleeq S. Manja
Khaleeq S. Manja

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy