Kenali lagu idaman anda dengan ciri Identifikasi Muzik KKBOX!

Ciri ini mengidentifikasikan lagu yang anda sedang dengar atau nyanyikan dalam beberapa saat, dan membolehkan anda kumpul lagu itu dengan mudah sekali. Jom cuba sekarang!

Scene 1

Identifikasi Muzik...

Teman Wanita:"Sayang~romantiknya lagu ni, awak tahu tajuk lagu ni tak?

Si Kotak membantunya mengidentifikasi lagu menggunakan ciri "Identifikasi Muzik", dan terus simpan lagu tersebut dalam koleksi. Memang hero!

Scene 1

Scene 2

Identifikasi Nyanyian...

"Mula mula mula ku happy, tiba-tiba dia sakitkan hatiku..." Eh? Ini lagu apa?
Gunakan ciri Identifikasi Nyanyian untuk mengenali tajuk lagu tersebut dengan mudah sekali!

Scene 2

Kenal pasti Lagu dalam 4 Langkah

FAQ

  • Bagaimana untuk menggunakan ciri Identifikasi Muzik?
    Di muka carian, tekan butang Identifikasi Muzik di sudut kanan atas. Dalam muka Identifikasi Muzik, pilih "Identifikazi Muzik" ataupun "Identifikasi Nyanyian". Dekati telefon bimbit anda di sumber audio dan tekan butang mikrofon di tengah untuk mula.
  • Apakah perbezaan di antara "Identifikasi Muzik" dan "Identifikasi Nyanyian"?
    *Identifikasi Muzik - sesuai digunakan apabila anda mendengar sesuatu lagu di radio, kedai atau televisyen. Dekati sumber audio untuk mencari lagu tersebut.
    *Identifikasi Nyanyian - nyanyikan lagu atau rentak dekat mikrofon telefon bimbit anda untuk mencari lagu tersebut.
  • Bagaimana ciri Identifikasi Muzik KKBOX berfungsi?
    Ciri ini mengenali lagu-lagu melalui keunikan melodi setiap lagu, tanpa menggunakan nama artis, lagu atau album, dan membandingkan dengan berjuta-juta lagu di pustaka lagu KKBOX untuk mencari lagu yang diidentifikasi.
  • Kenapa tiada keputusan carian untuk lagu yang dinyanyi?
    Identifikasi Nyanyian membandingkan nyanyian dengan melodi, intonasi dan rentak. Suara lembut, alam sekitar yang bising atau nyanyian yang terlalu pendek (sekurang-kurangnya 6 saat) akan menjejaskan keputusan carian. Sila dekati telefon bimbit dan nyanyi semula. Keadaan ini juga mungkin berlaku sebab kami tidak mempunyai hak penstriman untuk lagu yang diidentifikasi. Kami akan berusaha untuk mendapatkan hak penstriman dan mengembangkan pustaka lagu kami.
  • Kenapa tiada keputusan carian untuk lagu yang diidentifikasi?
    Identifikasi muzik hanya identifikasi lagu keluaran rasmi dengan hak penstriman yang diizinkan. Jika lagu yang anda identifikasi merupakan lagu versi cover, live atau remix, kemungkinan besar tiada keputusan akan didapati. Selain itu, suara lembut atau alam sekitar yang bising akan menjejaskan keputusan carian. Sila dekati telefon bimbit dan cuba semula.
  • Adakah versi komputer menyokong ciri identifikasi muzik?
    Versi komputer tidak lagi menyokong ciri ini sementara waktu. Sila gunakan telefon bimbit atau tablet Android atau iOS, atau Windows phone untuk menggunakan ciri ini.
  • Kenapa saya tidak nampak butang Identifikasi Muzik?
    Ciri Identifikasi Muzik hanya dapat digunakan dengan telefon bimbit atau tablet Android atau iOS, dan Windows phone. Sila baharukan aplikasi anda dengan versi terkini.
    Selain itu, Identifikasi Muzik hanya dapat digunakan semasa anda berada di atas talian. Sila memeriksa talian internet anda. Sekiranya anda masih tidak nampak butang tersebut, sila hubungi Khidmat Pelanggan KKBOX.
  • Kenana saya perlu benarkan KKBOX untuk mengakses mikrofon saya?
    Identifikasi Muzik atau Identifikasi Nyanyian mengumpul audio melalui mikrofon telefon bimbit anda untuk membandingkan dengan pustaka lagu KKBOX. Sebab itu, anda perlu membenarkan KKBOX untuk mengakses mikrofon anda untuk menggunakan ciri ini.
  • Ciri Identifikasi Muzik and Identifikasi Nyanyian dibawakan oleh ACRCloud. ACRCloud merupakan pembekal teknologi identifikasi maklumat automatik yang terkemuka di dunia. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mengenali lagu-lagu yang didengari di persekitaran atau melalui nyanyian sendiri.