Song

Ucapan Terakhir Presiden

Preview Full Track

Lyricist: -     Composer: -


Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang
dapat melihat sesuatu gerak langkah,
Sesuatu perbuatan atau cadangan
yang hendak dijalankan di tanah ini,
Langkah-langkah dan perbuatan
yang mendatangkan
kebimbangan kepada diri saya sendiri.

Saya dapat peluang itu
oleh kerana dapat melihat tempat-tempat
yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang,
Melihat gerak langkah
dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkan
ke atas tanah ini.

Malang mulut saya tertutup,
Malang saya berkata mulut saya ini tertutup,
Tidak dapat menzahirkan
kepada kamu apa yang diketahui oleh saya
dalam masa menyempurnakan
perkerjaan-pekerjaan dan tangungan saya itu.

Kita berkehendak supaya tanah
ini terselamat dan kuat,
Dan hanyalah boleh jika kita bersatu padu.
Marilah kita tunjukkan kepada dunia itu,
Roh dan semangat datuk nenek kita
itu masih ada lagi dengan kita.
Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh
mengangkat kepala kita
dan menatap dunia
bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya.
Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benar
keturunan datuk nenek kita
yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Itulah pesanan saya.

Inilah kalinya yang akhir sekali
saya bangun bercakap
dihadapan wakil wakil majlis ini sebagai Presiden.
Perkataan itu saya tidak mengubahnya.
Dengan ucapan ini maka saya tamatkan
perkerjaan saya.

Tapi untukmu ku tetap berjuang,
Untukmu semangat ini tidak akan hilang.
Untukmu.

Takbir cinta
Ku beri
Memberinya lebih makna
Pada janji ku di dalam doa cinta
Ku mengalih membangkitnya dari lena
Pada janji ku di dalam doa
Ku memanggil menaruh noktahnya