Konsert MLTR Di Malaysia

Konsert MLTR Di Malaysia
Band Michael Learns To Rock yang telah menerima banyak anugerah platinum ini menunjukkan penghargaan mereka terhadap peminat dengan melanjutkan tarikh lawatan mereka di Kuala Lumpur untuk dua malam dengan penambahan satu hari lagi iaitu pada hari Jumaat bersamaan 14 Ogos 2015. Mereka merancang untuk memberi pengalaman yang paling bermakna dengan persembahan lagu-lagu daripada album baru mereka, ' 25' di Mega Star Arena. Untuk meraikan karier mereka selama 25 tahun dalam bidang muzik, mereka telah mengeluarkan satu album yang memuatkan semua lagu-lagu hit termasuk dua single yang berada di radio masa kini. Persembahan ’25 Live yang akan dibawakan oleh Michael Learns To Rock akan mengejutkan peminat dengan visual LED terkemuka, konfeti dan susunan muzik yang cukup istimewa dengan lagu hit mereka, The Actor, 25 Minutes, Paint My Love, Sleeping Child, Take Me To You Heart dan banyak lagi. Dalam keterujaan ini, Kaare berkata: "Our 25th anniversary as recording artists is a milestone in our career and calls for a something special for our fantastic fans in Malaysia and the rest of Asia. That's why we are working on a new show with great visual effects and a lot of our fans' favorite songs. It is our aim to create new visual surroundings of our music, adding new perspectives to the MLTR live experience. We look forward to bringing the show to Malaysia and hope to see a lot of smiling faces and hear the beautiful voices of our fans singing along. See you!”
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy