12 Bekas Pelajar Akademi Fantasia Yang Berjaya

12 Bekas Pelajar Akademi Fantasia Yang Berjaya

Demam rancangan realiti nyanyian popular tanah air, Akademi Fantasia 2015 yang telahpun bermula. Menampilkan 16 bakal pelajar, AF2015 akan memperlihatkan persaingan sengit dan variasi bakat yang dimiliki mereka. Sebelum wabak ini terus menular, jom kita imbas bekas pelajar yang telah berjaya menjadi penyanyi dan penghibur di Malaysia. 1. Hafiz Suip (AF7) Hafiz AF7 atau kini lebih dikenali sebagai Hafiz Suip boleh dikatakan bekas pelajar Akademi Fantasia yang paling berjaya. Bekas juara AF musim ke-7 ini pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) dua kali iaitu sewaktu AJL26 (Awan Nano) dan AJL28 ( Bahagiamu Deritaku). 2. Stacy (AF6) Stacy Anam adalah merupakan juara AF musim ke-6. Walaupun tidak pernah menjuarai AJL namun Stacy seringkali muncul untuk bersaig merebut gelaran tersebut. Antara lagu Stacy yang muncul di AJL termasuklah ‘Aku Gila’ (AJL29) dan ‘Pelangi Senja’ (AJL27) 3. Akim Ahmad (AF7) Akim adalah pemenang tempat ketiga untuk AF musim ke-7. Akim datang dari musim yang sama Hafiz Suip menjadi juara. Akim kini telah bergerak dalam kumpulan dan bergelar ‘Akim & The Majistret’. Lagunya Mewangi dan Potret sememangnya popular sekarang dan kini mempunyai album bersama kumpulannya bertajuk Patriot. 4. Aizat Amdan (AF5) Aizat sememangnya penyanyi yang berbakat. Walaupun tidak mendapat tempat sewaktu AF musim ke-5, namun Aizat terus bergerak maju dengan menghasilkan muzik sendiri dan juga dia berjaya menurunkan berat badan. Pernah memenangi banyak anugerah (AJL24 – Pergi) dan AIM dalam beberapa pencalonan. 5. Hazama (AF9) Hazama merupakan juara AF9. Dia yang pernah tersenarai untuk Konsert Prelude AF4 namun tidak berjaya untuk tersenarai sebagai 12 pelajar di musim tersebut. Hazama pernah berganding dengan kumpulan Meet Uncle Hussain dan akhirnya menyertai AF9. Dua kali tercalon untuk AJL, Hazama masih kekal aktif dalam industri ini. 6. Mawi (AF3) Fenomena Tsumawi adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah AF. Walaupun tidak tersenarai 12 calon utama AF3, namun rezeki menyebelahi Mawi apabila dia diserap masuk ketika konsert pertama bersama Marsha Milan Londoh. Populariti Mawi berterusan hingga dia dinobatkan sebagai Artis Paling Popular ABPBH beberapa kali. 7. Adira (AF8) Adira memenangi tempat ketiga sewaktu AF8 semusim bersama Shahir. Single pertama Adira, Ku Ada Kamu antara yang bertanding di AJL. Adira juga menyanyikan OST filem popular, Ombak Rindu bersama Hafiz Suip. Kini mempunyai album sendiri, Adira terus bergerak maju. 8. Faizul (AF2013) Faizul adalah juara musim terbaru AF2013 setelah lebih 2 tahun rancangan realiti ini tidak diadakan. AF2013 yang juga menampilkan kelainan seperti wujudnya peserta duo. Lagu-lagu Faizaul mempunyai feel yang baru. Albumnya yang menampilkan lagu seperti Perempuan dan terbaru 333 Batu mendapat sentuhan komposer seperti Faizal Tahir dan Audi Mok. 9. Indah Ruhaila (AF2013) Indah Ruhaila mula mencipta nama melalui lagunya yang popular, Percayalah. Lagu tersebut yang tercalon dalam finale AJL29 menjadikan penyanyi ini mula mendapat perhatian ramai. Indah juga mempunyai single bersama Ewal (Cerita Cinta Kita). 10. Amir Jahari (AF9) Amir Jahari antara bekas pelajar kontroversi ketika di AF musim ke-9. Amir telah digugurkan dari AF musim tersebut kerana reputasi yang kurang memberangsangkan dan ini memberi peluang kepada Hazama untuk menyertai AF9. Walaupun tidak menang, Amir telah melahirkan albumnya tersendiri dan pernah layak ke AJL. 11. Ewal (AF2014) Ewal mempunyai peminat yang ramai selepas dia tamat pengajian di AF2014. Walaupun hanya berjaya mendapat tempat ketiga, rezeki ewal melimpah. Selain mempunyai single ‘Kembalikan Semula’ yang popular, Ewal turut berkolaborasi bersama Indah untuk ‘Cerita Cinta Kita’ yang juga merupakan lagu tema untuk ‘Pelamin Fantasia’. 12. Azhael (AF2013) Azhael adalah duo pertama yang memenangi tempat kedua dalam sejarah AF. Duo ini juga mempunyai siri single yang popular seperti ‘Hentian Terakhir’, ‘Hujung Waktu’, dan ‘Terima Kasih Kekasih’.

KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy