Tiga Swagger Pertaruhan Baru Cat Farish

Tiga Swagger Pertaruhan Baru Cat Farish
Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Cat Farish yang sebelum ini popular dengan kumpulan The Fabulous Cats muncul dengan kumpulan terbarunya, Tiga Swagger. Kumpulan yang menggabungkan 5 orang anggota membawakan muzik Hip Hop dengan ‘souls’ yang lebih santai dan mesra telinga. Elemen muzik seperti ini sememangnya sudah selari dengan Cat Farish. Malah sebagai teraju utama, Cat turut memberitahu Tiga Swagger membawakan identiti dan lagu yang berbeza dengan kumpulan The Fabulous Cat. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang penyanyi rap iaitu Cat Farish, Eddie Ghiller, Beeru dan Syifa Diana serta seorang DJ iaitu DJ Rangga. Tiga Swagger turut muncul dengan single pertama mereka, Opss Aku Dah Terr.. yang mengetengahkan elemen hip hop. Lagu yang dijangka dapat menarik perhatian peminat ini turut menampilkan pengacara dan penyanyi rap popular, Zizan Razak dan juga Echa (Aisyah AF7).
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin
KKBOX Editor - Syahir Muhiddin

Latest articles

    share to facebook share to facebook share to facebook share

    Press Ctrl + C copy